Standard la hari last mesti la nak kena tulih apa yang dah buat tahun 2014, apa azam 2015 bla bla. Tapi aku rasa tiap-tiap tahun pun macam aku tak pernah ada azam baru ja hahahahaha apa la nak jadi dengan aku? Pasai aku jenis go with the flow. Jangan tanya banyak-banyak pasai resolutions sebab aku menyampah.
TAPI.
Ni yang jadi tahun 2014 yang kalau boleh aku nak elak daripada melekat macam badi kat aku sampai bila-bila.
1. Jangan indecisive (tidak boleh membuat keputusan) sampai menyusahkan orang. Sat kata A, lepaih tu nak B bila A dah siap. Tiba-tiba mintak C. Lepaih tu nak A balik. JANGAN. Jangan rasa macam itu adalah tindakan bijak sebab ia memang tak. hahahahaha nasib baik watak Hulk tu hanya rekaan, kalau ada betui aku rasa lama dah kita ni buat keja kat tanah lapang.
2. Jangan jadi lembab. Aku ada masalah sikit kalau orang buat benda yang boleh cepat tapi jadi slow. Macam nak bawak keluaq duit di ATM, jangan amik masa lama nak eja satu-satu perkataan kalau kat belakang orang dah beratoq macam nak beli roti john kat Precint 2 Putrajaya masa bulan posa. JANGAN.
3. Jangan jadi incompetent. Kompang macam pakai kulit kambing paling sempoi, tapi ketuk tak sedap pun. Sapa dulu habaq kat aku kompang tu pakai kulit badak??
4. Jangan jadi pemalaih. Nak bukak kasut pun kena orang suruh. hahahahaha sapa berani suruh aku bukak kasut dia? Aku kerat kaki hampa pakai mesin rumput. Maksud aku kalau takat nak cari maklumat yang hampa rasa ada di Internet, tolong la cari dulu. Dah tak jumpa baru la tanya orang. Kecuali soalan hampa tu berbentuk nak tau kat mana ada makanan sedap yang kawan-kawan boleh recommend. Takpa la. Ni mai tanya 'wei apa maksud desert?' Pi tengok DBP laaaa.
"desert | (désert) : bp pembasuh mulut, pencuci mulut. | : Kamus Dewan Edisi Keempat" |
Tolong sapa-sapa lantik aku jadi Ketua Pengarah DBP.
5. Jangan la sukahati nak viral apa-apa mesej yang hampa baca sekali pun dah tau memang tak logik. Kalau dah tak pasti apa benda, simpan pada kita, kita baca kat mana-mana. Tak payah la nak sama naik dengan orang lain yang kita belum tentu tau sumber dia dapat pun sahih ka dak. Aku rasa media sosial masa la ni memang membunuh. Baik dok diam kaji sorang-sorang dari sama naik bodo dengan orang lain. Kecuali kita memang ada kepakaran, ada pengetahuan, cukup ilmu untuk bahas menda tu, takpa.
Aku rasa tu ja kot. Banyak lagi aku pikiaq semalam, tapi macam dah lupa.
Ha, lagi satu.
Kalau nak tala masuk lif tu, bagi la orang depan yang dok tunggu masuk dulu.
No comments:
Post a Comment