Monday, 22 December 2014

Hokkaido Seafood.


Kegilaan aku terhadap ketam kadang-kadang boleh membuat orang menyampah hahahaha pasai aku nak ketam hat rasa macam dekat Top Spot kat Kuching tu. Aku nak rasa macam tu tapi setakat la ni aku tak jumpa lagi. Jadi selagi aku tak jumpa selagi tu aku cari. Amboi.

Aku terbaca blog Kak Engku Elly Irfan pasai Hokkaido Seafood dekat area KL. Jadi aku pun memandangkan hujung minggu memang aku khaskan untuk makan, maka aku pun cobalah. Lokasi dia betui-betui depan Hotel Vistana. Bau udang tengah goreng, garlic, toksah cerita la. Hahahahaha hidong aku macam nak keluaq dulu dari kereta.

Ni sign kedai dia.



Kalau hampa jumpa Hotel Vistana tapi tak nampak Restoran ni aku rasa aku kena korek mata hampa la hahahahah.

Masuk-masuk kedai tu aku tengok nalla punya ramai orang. Lepaih tu orang pakat dok beratoq macam tengah tengok ikan kat akuarium jadi aku rasa situ tempat yang betui nak order makanan la. Aku pun beratoq la amik sama dengan tourists lain pakat-pakat buat sebok ambik gambaq jugak.



Ikan-ikan ni berjaya mencuri perhatian aku. Pasai hat dalam akuarium tu aku dah segan nak ambik pasai satu restoran ni hangat. Dua orang ramai sangat (perasan orang tengok aku macamkan aku ni artis). Hahahaha


Tapi hat ni paling comey. Aku taktau pasaipa dia kena dikorbankan untuk dibuat gulai pasai review kata gulai ikan yu kat sini sedap. Aku tetap tak sampai hati nak makan. Biaq la aku order hat lain-lain dulu tengok rasa lagu mana. Yang satu lagi sebab pasai aku takut sekali dah siap nak bayaq kat kaunter harga 3 juta pasai makan ikan yu hahahahah mati la aku mana nak pi karau duit.
  
Tara nak tunggu order sampai tu berjanggut jugak tunggu. Makan kacang macam biasa la pi kedai seafood depa mesti mau bagi kacang dulu. Pepak amik sampai dah nak habih baru mai ayaq. Lepaih tu mai la nasik goreng cina ni. Aku dah la tengah lapaq. Tapi nak tunggu lauk lain mai dulu bukan ka, aku sabaq ja. Aku tenung nasik tu, dia tenung aku balik hahahahahaha. Rasa dia sedap. Nasik goreng cina memang la sedap. Masin-masin sikit, ada sayoq. Macam biasa la. Takda la special sedap gila aku nak kena tambah lagi dua pinggan tu tak la.

 
Kailan ikan masin. Ni kena dengan nasik memang A la. 


Elok tak lama lepaih tu mai pulak butter prawns ni. Bau dia memang menangkap. Tapi aku tengok udang tu aku ada rasa kecewa la. Banyak jugak kekecewaan aku pasai udang ni nak tau dia fresh ka dak kita tengok kat warna dia bila dah goreng/masak. Ni mai depan muka aku putih ja. Aku rasa udang tu stress sampai pucat lesi lepaih tu dia kena goreng hahahahahahha ok tak lawak. Aku tau ni udang lama lepaih tu kulit mesti melekat dengan isi. Lepaih tu isi dia macam flat ja tak gebu. Tak capai standard ISO makanan seafood yang aku nak. Amboi mengada. Eh biaq la bukan makan free. Tapi kalau makan free pun tetap aku nak kena highlight pasai menda yang nampak remeh macam ni sebenaqnya tentukan kualiti makanan kita. Ceyyyyy. Udang dia sebenaqnya kalau fresh memang sedap gila pasai 'sarak-sarak' (menda yang macam rumpai-rumpai tepi/atas/kiri/kanan udang tu la) cukup rasa butter, masin dia. Kena pulak dengan nasik goreng cina tadi kan.



Buruk seni ambik gambaq aku hari tu.

 Hat ni sampai last elok pasai aku pun dok tagak nasik tu dok taruh nak makan dengan ketam. Ni Salted Egg Crab. Nak order tak buleh sekoq. Kena dua ekoq. Sekoq RM32.00. Hahahahaha pinau. Dia punya tekstur tu ada sikit kasaq la pasai aku penah rasa yang gila smooth buat aku terigau. Dari segi rasa memang padat. Masin la pasai teloq masin. Ada pedaih-pedaih sikit, dengan rasa macam ada kacang. Bukan pasai aku dah makan kacang sebelum tu. Rasa dia rich. Tu aku suka. Dengan portion dia yang besaq, memang aku pening nak perabih. Ni kalau ada roti memang aku tak mangkit la nak balik. Aku terlupa nak order roti sebenaqnya. Hahahahah

Total makanan aku malam tu RM126.00. Aku rasa ok la kot cuma udang tu ja kena bagi fresh lagi. Takdan nak try menu lain pasai aku dah sengkak.

Nindia alamat :

Restoran Hokkaido Seafood
Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 

No comments:

Post a Comment