Friday, 19 December 2014

Day 12 of 30-Day Blogging Challenge : Your Favourite Childhood Book


Zaman kecik-kecik aku takdak la hebat atau gempak sangat macam sesetengah orang. Aku rilek-rilek ja hahahaha. Pasai kecik dulu aku banyak membesaq dekat Rumah Nenek. Aku cucu Maktok yang hardcore. Jadi disebabkan aku besaq di kampung, ya, pada sapa-sapa yang suka kata aku ni taktau life kat kampung tu macam mana mai sini aku jentik lubang idong hampa. Cuma aku takdak la dok lari keliling bendang pasai Rumah Nenek dulu kawasan dia luas. Pastu berpagaq keliling. Macam dalam istana hahahahahahah nak jugak. Tapi sungguh la Rumah Nenek dulu besaq, ada tangga nalla punya tinggi kat depan tu. Laman keliling luas. Aku tak payah sebok nak keluaq pi cari bendang. Dalam kawasan tu pun tak habih explore.

Sebenaqnya nak cerita pasai buku kan? hahahahah walaupun TokBa adalah terer bersembang dalam English, tapi masa dulu dia banyak meneroka pekan SP. hahahahaha maksudnya he was not around that much makanya aku dok banyak dengan Maktok. Jadi bahan bacaan aku banyak kat buku-buku Mamita masa sekolah dulu, buku orang lama-lama.

Tapi ada jugak Mamita beli kat aku dengan Adik yang sampai la ni dok ada simpan kat rumah. Memang favourite aku dengan adik.


Sumber gambaq Google pasai aku takleh nak mintak Mamita amik gambaq buku kat rumah hahahahaha mau kena pukui. Buku ni ada dua set. Pasai kisah 25 Rasul. Baca sampai naik lunyai tapi yang paling aku suka sekali kisah Nabi Nuh a.s. Lepaih tu aku suka berangan aku cun macam Zulaikha dalam cerita Nabi Yusuf hahahahahahah *tikam diri sendiri*



Macam ni la lebih kurang buku dia. Besaq saiz A4. Aku dulu punya teringin buku cerita Aesop's la apa la yang dalam English tu sampai ke sudah tak dapat. Bebulu ja tengok member sekolah dok tayang.

Dah besaq sikit masuk sekolah rendah dalam darjah 5 macam tu aku ingat mak menakan aku tunjuk buku Budak Setan 1. Dia punya kecintaan kat Ahadiat Akashah masa tu memang kronik aku pun tak paham pasaipa. Maka aku pun baca. Memang mendapat kronik dia kat aku.


Gambar dari Google lagi. Macam ni la lebih kurang buku Budak Setan I, II & III. Cerita pasai budak sekolah menengah jatuh cinta kat awek cun tapi mamat ni nakai macam setan tapi dia punya cinta kat awek tu memang sampai mati la. Pasai tu buku dia beratoq lepaih tu.


Gambar Google jugak pasai aku tak balik SP lagi nak pi korek rak buku aku. Lagenda Budak Setan tu kira selepas tu kot. Kalau tak salah aku. Tapi yang aku ingat, tiap-tiap kali aku baca buku tebai konkrit ni mesti mata aku bengkak. Pasai ending dia memang rabak sedih. Pasaipa Ayu mati???? Cerita ni memang aku rasa terkesan sangat pasai aku pikiaq-pikiaq balik ada ka manusia macam tu punya baik cinta awek dia sampai macam tu. Ada ka? Ada kaaaaaa? hahahahahaha *tadah tangan berdoa*

 Ni pun aku korek amik kat Google. Lagenda Berakhir ni kira last part pasai Budak Setan la. Ni satu-satunya novel Melayu yang aku baca dan aku akan baca dan baca lagi pasai aku rasa dekat dengan aku cerita dia. Macamkan aku ni pegang watak Ayu tu hahahahahahaha.

Jadi tu la cerita dia buku aku suka baca masa kecik-kecik. Novel Ahadiat tu kira tak berapa nak kecik sangat dah la. Buku 25 Rasul tu tetap buku yang paling aku suka. Cuma la ni aku rasa masa tu macam tak berapa nak ada nak spend untuk baca buku tebai-tebai. Kalau dulu The Da Vinci Code tu satu malam aku buleh habih. La ni nak habih sepuluh helai pun aku rasa macam merangkak.


Robert Fisk - The Great War For Civilisation

Muka surat 1-30 dari tahun 2008 sampai hari ni.


No comments:

Post a Comment