1. Masa buat ibadat, kurangkan selfie / amik gambaq. Aku tengok orang bawak selfie stick, depan Kaabah dok berebut nak amik gambaq. Ada yang siap beratoq macam kat studio pagi raya amik gambaq keluarga, lengkap dengan tukang amik gambaq.
2. Kalau kaki hampa bincut (lebam) kena bucu katil, sapu minyak. Jangan sapu krim panas. Mamita pesan aku sapu krim panas. Sejurus selepas tu aku pakai stokin tebai dan buat umrah. Orang dok melawak dengan aku - kaki tak berasap ka kat Kaabah? Masa dok tawaf tu demi Allah aku rasa kaki aku berasap hahahahahahahaha. Seriouslah aku takleh lupa. Beli krim yang ada olive oil tu sejuk.
3. Banyak-banyak sabaq. SABAQ. Sabaq itu lumayan. Sabaq sabaq sabaq. Apa jadi pun sabaq.
4. Ada sekali tu aku tengah jalan dengan Mamita, angin kuat gila. Tak pernah aku experienced angin sekuat tu sampai aku rasa nak terpelanting. Mamita pegang tangan aku paling kuat aku penah rasa dalam hidup. Kalau jadi macam tu, masuk la kedai / tempat berbumbung. Sebab la ni tengah banyak construction. Safety measures tu ada, tapi tak menjamin.
4. Minum / amik ayaq Zamzam sepuasnya. Dalam Masjid ada, luaq Masjid ada. Jangan lupa minum ayaq oren, mango, ice cream tiga riyal.
5. Enjoy the view. Kalau rajin amik gambaq angle lain dari biasa hampa tengok. Tapi jangan sampai melalaikan. Enjoy the experience.
6. Don't be fussy. Aku gatai mulut kata tak lalu makan kat hotel di Madinah. Sampai ke sudah aku hidup dengan keropok Moni & kebab & nuggets. Mai Mekah pun sama. Everytime sampai hotel Mamita ajak makan, aku kata tak lalu / tak sedap. (tanpa sedar). Memang mendapat kat aku. Jadi sekali lagi aku hidup dengan ayaq Zamzam / keropok / kebab.
7. Jaga mulut, percakapan. Terdetik kat hati pun Allah tunjuk depan-depan. Apatah lagi yang keluaq kot mulut.
8. Try KFC kat Mekah. Dengan kebab dua riyal kat tepi-tepi Masjid tu. Sedapnyaaaaaaaaaa.
9. Bawak / beli la shawl besaq selimut ni senang. Kalau dok dalam bas ka, kat airport ka, hampa boleh bungkuih dan mereput dengan rasa malu yang minimum. Gambar diambil oleh Mamita waktu aku tengah reput atas lantai tunggu flight balik.
Begitulah ceritanya. Pada aku, this is the best journey of my life. Takleh lawan pi mana-mana pun dalam dunia. Kalau bagi peluang, setiap hari aku nak ada kat sini. Takmau pi mana dah. Rasa tenang tu, ayaq laut pun takleh lawan. Haaaa. A whole new level of tranquility. Aku takdan rasa cium Hajarul Aswad dengan pegang Kaabah dan Makam Nabi Ibrahim sebab masa umrah takleh wangi-wangi, plus ramai sangat orang aku jadi takut.
Tapi malam sebelum balik tu, aku tidoq dan mimpi aku sorang-sorang jalan keliling Kaabah, aku pegang kiswah (kain yang tutup Kaabah), aku cium Hajarul Aswad lama-lama. Aku sorang kat situ. Alhamdulillah mimpi tu so vivid sampai harini aku dok terbayang lagi rasa tu.
Aku rasa tu ja kot. Cerita kat Mekah banyak di Masjid ja. Basically pi solat, mengaji, doa, berzikir, mintak ampun banyak-banyak pada Allah. Kalau ada apa hampa nak tanya, email / drop ja la komen kat sini. Aku doa semoga hampa semua pun diberi peluang untuk pi jugak dan rasa pengalaman ni. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment