Saturday, 21 May 2016

Travelogue Umrah Part IX - Journey Of A Lifetime


... with team of a lifetime ...



Dari kecik aku cemburu dengan kawan-kawan yang selalu bercuti dengan family kat oversea. Pi London, US, keliling dunia. Tapi, pada hari tu, aku rasa aku manusia paling beruntung dalam dunia. Satu perjalanan paling indah dalam hidup aku dengan Papito dan Mamita.

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. 

Aku kata kat Papito dengan Mamita, selama ni tengok atas sejadah ja, hari tu aku boleh tawaf keliling, boleh bau wanginya Kaabah & Makam Nabi Ibrahim, boleh nampak Hajarul Aswad dan paling aku happy sekali - boleh solat betui-betui depan Kaabah.

Alhamdulillah, Thank you Ya Allah. Thank you Papito & Mamita.




Masa sampai ternganga-nganga aku tengok Menara Jam. Ni view aku hari-hari menuju ke Masjidil Haram.


Masjidil Haram view. Aku masuk ikut King Fahd Gate. Allah mudahkan jalan untuk kami buat umrah. Kalau ikut gate ni, terus menuju ke Mataf Piazza (tempat melaksanakan tawaf). Kami sampai hotel pukui 10.30 malam. 11.45 malam Ustaz dah suruh standby kat bawah untuk selesaikan umrah, sebab semua orang pun dah dalam ihram, lagi cepat selesai lagi baguih. Kalau tidak, lagi lama hampa dalam ihram, lagi macam-macam hampa buat, lagi macam-macam hampa kena dam. Macam tu lah. Jarak hotel ke Masjid dalam 750m. Jauh la sikit. Kan aku kata turun ikut poket Papito? Hahahahah tapi takpa, lagi jauh jalan, lagi aku suka.



Pemandangan dalam Masjidil Haram menuju ke Mataf.







First time aku nampak Kaabah, aku blank. Totally. Kepala aku taktau nak zikir apa, baca apa. Aku dok habaq Mamita 'Ma, nak baca apa? Ma, blank, Ma, Ma.' hahahahhaa dia nampak aku gelabah teruk kot.

'Baca Robbana Atina, baca hat tu.' 

Terus terang aku cakap, mana-mana group lalu sebelah, yang baca kuat, apa yang depa baca yang tu aku sauk hahahahahahaha. 

Cuma satu ja bila kita tawaf ni. Geng Turki dengan Indonesia, depa punya semangat berkumpulan begitu kuat. Membaca dan merempuh dengan kuat. Sampai aku kata kat Mamita - beware of the Turks hahahaha. Dengaq dari jauh ja aku dah standby bisik kat Mamita 'Tentera Abrahah dok mai.' Sengai jugak la badan dok kena rempuh. Tapi bak kata Papito - 'marah macam mana pun jangan keluaq kot mulut. Jangan kata apa.' Dia tau kot dalam hati aku dok membuak-buak macam bunga kobis hahahahahahhaa.






Selesai tawaf, kami solat sunat. Alhamdulillah dapat solat depan Multazam. Everytime lepaih tawaf pun Allah permudah bagi peluang solat di situ.

Lepaih tu prepare mental dan fizikal buat sai'e. Masa tu dah pukui 1 pagi. Hahahahaha. Aku dok imagine tempat sai'e tu macam jalan landai dan berjarak dekat. Tapi rupanya end to end (Safa ke Marwah vice versa) adalah sedikit berbukit. Jarak 450 meter lebih kurang. Kali 7. Adalah dalam 3.15 km.

Pada aku sai'e lagi mencabar. Hahahaha sebab jalan berbumbung lepaih tu landai dan hampa pandang ke depan ja. Plus kena berhati-hati sebab ada yang tak berlari-lari anak seperti yang disunatkan, depa sprint hahahahahaha. Aku follow rapat belakang Papito & Mamita sambil dok memantau Mak Ngah jugak. Nampak dak kerja bodyguard aku dok buat?

Alhamdulillah selesai umrah pukui 3 pagi. Balik aku rasa macam jalan atas awan hahahaha. Lepaih tu isoknya konon nak mangkit Subuh. Emphhhhhhhh.. 'Qada'an'. Hahahahahahha. Dugaan tu datang dalam pelbagai bentuk kan?



View luaq Masjidil Haram waktu petang menuju Maghrib. 


Satu dunia ada kat sini.



Kat Dataran ni kami selalu solat, sebab kat Mekah kena sampai sejam awai sebelum masuk waktu, kalau tidak depa tutup banyak jalan & kena jalan lebih jauh, lepaih tu depa tak bagi masuk Masjid dah. Ini view menjelang Maghrib. Sana masuk waktu Maghrib pukui 6.05pm macam tu. Berangin syok ja. Tepi-tepi ni ada ayaq Zamzam. Free flow. Seronok sungguh aku rasa. Cakap macam ayam itik pun takpa. Pakat-pakat paham pi. 



No comments:

Post a Comment