Friday, 20 May 2016

Travelogue Umrah Part VIII - The Main Mission


Usai di Madinah, kami teruskan kepada tujuan utama perjalanan kali ni. Ceywah hahaha seriouslah sapa nak amik aku jadi pengacara Majalah Tiga? Dulu aku pernah buat dah hahahahahaha *tembak diri sendiri*

Kami bertolak hari Jumaat. Haritu solat Jumaat di Masjid. Ada solat jenazah right after, tapi Subhanallah, masa dok solat jenazah tu angin tiup rasa sejuk dan mendamaikan. Tak pernah lagi aku experienced suasana macam tu. Untungnya Ya Allah meninggal hari Jumaat di Tanah Haram.

Aku tolong Papito bawak beg ke bas, sebab Mamita takleh tengok bag banyak nanti dia pening hahaha. Sebelum tinggalkan Madinah, kami ucap selamat tinggal pada Rasulullah S.A.W. Aku lambai-lambai kat area Masjid, pergh feel dia, syahdu weh. Taktau nak habaq macam mana. Dalam hati ni berteraboq rasa, panjang umoq lagi ka aku nak mai lagi dengan parents, ada peluang lagi ka kami. Masa lambai tu aku rasa macam Nabi dok nampak aku lambai dia. Haaaa. Tapi rasa sedih, sayang, kasih kat Nabi tu aku taktau nak habaq. Nanti hampa pi ok? Rasa sendiri.


Masa balik baru lalu kawasan perkuburan Baqi'. Besaq betui area ni. Yang kubah hijau tu area rumah Rasulullah S.A.W.











Gambaq-gambaq ataih ni adalah part of the journey menuju ke Masjid Bir Ali untuk bermiqat. Sepanjang perjalanan nak keluaq Tanah Haram, ini lah dia pemandangannya sebelum bukit bukau gunung ganang dan batu batan for the next five hours.



Kawasan dalam Masjid Bir Ali. Dalam Masjid aku tak amik sebab aku rasa aku kena fokus dengan benda yang aku nak buat hahahah telefon ni kan sentiasa melalaikan. Tapi masa aku solat kat sini, aku dok kat hujung sekali, sebelah aku ada kucing dok makan biskut hahahah comey gila. Masa aku solat dia dok gesel-gesel kat kaki. Nasib baik aku nak pi buat umrah, kalau tidak aku dah boh dalam kotak bawak balik mai bela.


Masa jalan nak ke bas. Papito suruh aku amik gambaq dia tegoq depa ni. Dia kata 'depa ni tadi dok ajak makan, ni nak lalu balik tengok depa nak ajak lagi dak.' Bila dia lalu depa tu tak langut pun kat dia hahahahhahahaa kesian telan ayaq lioq tengok orang makan nasik Arab.

Masuk dalam bas, niat ihram, and the journey began.


No comments:

Post a Comment