Sunday, 22 May 2016

Travelogue Umrah Part X - The Arab Life


Kan aku habaq sanak sedara Papito ramai di Mekah? Kami sampai ja depa dok atoq sapa nak mai amik dulu, nak pi rumah sapa dulu. Tapi sebab buat umrah ni kan masa macam mencemburui hahahaha so takleh pi banyak rumah. Satu malam tu depa mai amik lepas Isya'. Isya' di Mekah pukui 8.00pm macam tu. Kalau ikut waktu Malaysia adalah 1 pagi (lewat 5 jam). 

Bila lepas Isya' jalan sepanjang Masjid ke hotel tu penuh orang & jem gila. So Papito janji around 9.30pm. Tunggu punya tunggu, depa sampai pukui 10.00pm hahahahaha. Bayangkan pi jalan rumah orang pukui 3 pagi Malaysia. Mamita dengan Mak Ngah punya bergoyang tak payah cerita la.


Rumah depa ni ibarat di pinggir Kota Mekah. Ini sebahagian daripada rumah. Ada lagi di hujung kiri dan kanan. Tiga tingkat. Berapa bilik tak ingat. Sorang lagi pak menakan aku rumah dia ada 22 bilik. Lupa aku nak tanya depa mau anak angkat ka dak hahahahahaha. 


Hampa bayangkan pukui 3.30 pagi nak makan macam ni. Aku memang tak makan langsung dari awai so lapaq aku mencapai tahap boleh makan kepala gajah. Lagipun aku memang dok hingaq nak makan nasik Arab. Jadi gambaq di atas ni adalah makanan untuk tiga orang. Dalam gambaq nampak sikit tapi percayalah hahahahahaha aku yang lapaq pun jadi gerun.

Kami pi dua rumah malam tu. Aku bantai makan sampai kenyang. Perhatikan sosok ayam di atas, setengah tu buleh kat aku hahahahahaha when in Saudi, eat like the Saudis. Daging kibas pun sedap. Mamita tak sampai hati, dia pun makan. Tapi terlebih dari yang biasa. So sampai rumah kedua, dia terpaksa tala pancoq dulu. Habis keluaq segala ayam, creme caramel, kubis hahahaha kesian gila aku tengok. Rumah pak menakan aku yang kedua jamu roti / desserts. Tapi sekali bukak kat meja tu, sepanjang-panjang meja tu makanan hahahahahahahahah. Aku dah nampak masa depan. Mamita surrender. Mak Ngah sikit lagi nak lena. Aku dengan Papito ja dok kunyah tak habih-habih. Ingat senang nak dapat makanan Arab di Tanah Arab?



Kami balik pukui 2 pagi Mekah. 7 pagi Malaysia hahahahah. Mamita lentok kat bahu aku. Journey balik ke hotel dalam setengah jam jugak. Aku layan ja tengok view Kota Mekah malam-malam. Tenang ja. Ni kat stesen minyak. Sampai-sampai depa teruih isi, tapi pada masa sama habaq berapa ringgit nak isi. Tak payah keluaq beratoq / pakai card cucuk. Jimat masa banyak jugak aku rasa compared to kat sini kalau kita kena beratoq. 

Sampai hotel, tidoq ternganga.



RM9.00 yang berbaloi. 


Mak menakan aku bagi desserts ni. Sedap tapi manis sangat. Aku kan dah manis, takleh makan banyak *buat kering* 



Esoknya ziarah luar Kota Mekah. Mutawif bawak kami melawat tempat-tempat bersejarah. Kren ni saja ja aku amik. Aku kan suka kren. Sapa nak boleh bagi aku merasa naik ni?


Pinggir Kota Mekah.





Aku takleh ingat ni Gunung apa. Sama ada Jabal Nur atau Jabal Jibril.



Jabal Rahmah. Aku doa paling banyak dan bersungguh kat sini hahahahahahaha. 




Khemah-khemah jemaah di Mina. Satu tempat yang begitu luas dengan khemah yang dihuni oleh manusia setahun sekali dengan tujuan mabit (bermalam) untuk manasik Haji. La ni dah ada Mecca Metro - Sistem keretapi transit yang menghubungkan Mekah, Arafah, Muzdalifah dan Mina. Tapi hanya beroperasi waktu musim Haji sahaja. 

Masa kami pi ni memang kosong la kan. Tapi aku takleh bayang berjuta umat Islam kat sini waktu Haji. Terbayang Papito, Mamita, Tokba masa depa buat Haji dulu. Dengan takdak train, naik bas, traffic jam pergh. Moga aku dapat peluang dan kekuatan tu jugak insya Allah.


Ini sebahagian kecik (seciput) daripada Istana raja di Mina. Raja mana aku taktau hahahahaha tapi sepanjang-panjang tu lah istana dia.


Pokok hijau di Padang Arafah. 

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ...حَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا

"Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga tanah Arab menjadi subur dan dialiri sungai-sungai." (HR Muslim)

Masa ustaz cakap macam tu, memang aku tengok kiri kanan padang Arafah tu penuh hijau dengan pokok-pokok. Cering bulu roma aku aaaaaa takottttt -_____-

 Selesai melawat, kami ke Masjid Ja'ranah untuk bermiqat untuk umrah kedua. I tell u, umrah waktu tengahari itu... hahahahahahah. Hati kau keras, Roy. 

No comments:

Post a Comment