Monday, 9 March 2015

Sushi! Hei! Hei Sushi!


*ikut nada Annoying Orange*

Jumaat baru ni lepaih keja aku lepak kat port biasa. Lepaih tu dah nak balik kaki gatai nak pi Alamanda. Jadi lagu mana taktau. Obsesi melihat barang-barang hahahahaha.

Dah nak jalan tu sudah la. Nak makan pulak. Padahai tadi tu baru bantai sate dekat lapan cucuk. Muka aku dah kembang macam orang tua with extra botox shots. *tampaq muka sendiri*

Lepaih tu jalan-jalan tengok dekat depan bowling centre tu ada satu restoran Jepun baru bukak. Nampak pulak sushi dia bentuk macam fancy. Laju ja kaki. Nama kedai tu Hei Sushi.


"Irasshaimaseeeeeee!"

*kembang-kembang idong masuk kedai.*  Gaya tu dah honorific habih.

Masuk tengok ambience macam cosy. Fusion design.


La ni kan pesyen lampu gantung-gantung macam ni. Filament bulb la apa la. Mana nak cari lampu lagu ni?



Bagi teliang sikit kepala hampa tengok. hahahaha


Nampak dak sushi dia bulat-bulat? Tu la punca aku tala mai sini. Gastronomic experience dia kata. Mai nak tengok sikit. Menu dia tak banyak sangat. Menda-menda biasa di restoran Jepun tapi agak limited pilihan.

Mula-mula mintak order ayaq. Bukan depa mai tanya. Pilihan aku tentu green tea. Kali ni mintak hat hangat.

Elok sampai, dalam cawan melamine. #takbestpart1

Mula-mula order edamame (kacang soya hijau). Sekali mai suam-suam kuku, kacang macam mentah yang bila pepak (gigit) pun tak feel. #takbestpart2

Dah habih pepak kacang, boh la segala kulit tu dalam pinggan. Pinggan sampai melimpah, pekerja depa ni macam di awangan aku rasa. Lalu lalang, lalu lalang. Pengalaman aku la, mana-mana pi restoran Jepun hatta hat paling kokkak (cikai) sekalipun, kalau dah makanan dah habih, depa nanti mai kutip, biaq meja bersih. Pekerja nanti alert setiap kali depa lalu lalang depan meja. #takbestpart3



Disebabkan dah makan sate banyak, order hat ringan ja. Ringan tak ringan pun nasik jugak la semua ni. Kotak edamame dgn pinggan penuh kulit kacang tadi dah penuh kat meja. Mai hat ni pulak, aku kena susun atoq nak letak tang mana.

Taste wise. Walaupun rupa dia fancy, rasa aku mampu bagi 2/5 ja. Especially the sushi rice part. Bland. Perkakas kat ataih sushi tu pun so-so ja pada aku. #takbestpart4


Lepaih tu dalam sepuluh minit mai hat bekaih ni pulak. Ingat balik kotak edamame tu depa tak kutip lagi. Dalam kedai ada tiga empat meja ja ada orang. Yang dok lalu lalang ni makin kerap dok lalu lalang. Aku tak panggey saja nak tengok tahap alert macam mana. Emph. Nehi. #takbestpart5.
Hat dua ketui ataih ni rasa pun so-so jugak. Aku tak impressed sangat.


Ni menu wajib aku yang last. So far aku rasa hat ni ja yang kena dengan selera aku pasai somehow salmon ni macam melt dalam mulut aku. Cuma hat kulit ataih tu berpintai-pintai sampai at one point aku rasa macam ada sotong hidup dalam mulut aku cuba menyelamatkan diri hahahahaha.

Kesimpulannya.

Aku tak rasa nak pi dah tempat ni kecuali lepaih ni ada improvement. I have discovered the exprerience and that 'gastronomic experience' tagline tu tak sampai kat aku. Sebab aku prefer makanan yang honest. Masak dari hati. hahahahaha

Lagi satu, kalau tak boleh terapkan culture Jepun dalam urusan perniagaan, setidaknya make sure pekerja hampa alert dengan customer. Kalau ramai sangat kat kedai aku paham. Kalau ada tiga empat kerat ja, tolong la. Tapi aku still prefer Japanese restaurant yang betui-betui prektis budaya Jepun.

Nak try kalu nindia tempat dia :

Hei Sushi
Alamanda Shopping Centre
LG North Entrance.


No comments:

Post a Comment