Macam slot Akasia ada sambung-sambung hahahaha.
Okay ni sambungan apa nak buat bila kat Boracay.
3. Snorkeling
Kalau ikutkan snorkeling kat Crystal Cove paling lawa tapi sebab ombak kuat hari tu depa bawak pi tempat lain aku tak ingat dah nama. Tu pun cukup dah aih.
Sebelum snorkeling kena bayaq dalam 50php sorang. Macam biasa depa punya environmental fee.
Gambaq amik pakai GoPro (nak jugak habaq). Tapi still didn't do any justice to the real beauty of the seabed and the corals and the fishes and all.
Masa dok tengah snorkeling tu nampak mermaid lalu. Nasib baik dan amik gambaq. Hahahahahahahahahahha *tembak muka sendiri*
Sergeant major (fish) found worldwide in coastal to open waters. Dalam hati dok jerit 'Nemo! Nemo!'. Jadi la. Ada jugak ikan daripada takdak.
Ombak kuat jugak masa ni. So nak amik gambaq pun macam dok berkuntau dalam ayaq. Takpa la. Biaq yang aku nampak depan mata tu kekal dalam ingatan aku. Hampa nak tengok kena pi sana hahahahah
4. Paraw sailing
Sunset watch.
Harga kalau tak kena gaya boleh cecah 1000pesos sorang. Tapi nego la sampai boleh dapat 400pesos. Selagi boleh nego sampai dia takmau layan dah. hahahahaha.
Naik paraw (sailing boat) ke tengah laut untuk tengok sunset. Cantik yang amat. Ni cubaan aku untuk zoom. hahahaha. Tapi sehari sebelum balik tu, masa dok tengah berkubang tengah laut tu adalah sunset paling cantik aku pernah tengok dalam hidup. *simpan camera layan keindahan alam*
Banyak lagi aktiviti lain boleh buat kat sana. Parasailing, zipline (pakai tali rentas bukit/tengok view), ATV, scuba diving. Cuma masa pi ni aku nak relax ja. So takdak la harung semua menda nak buat.
Aku rasa tu ja kot nak cerita. Lain-lain benda pi cari souvenirs kat sana pun benda biasa la. Keychains, bags, etc. Kalau teringat ramai orang, lebih la sikit duit tu. hahahaha.
Tapi memang best. Satu menda dalam bucket list aku checked. Nah tengok gambaq ja lah. Aku pun taktau nak cerita apa dah. Hahahahaha. Kot-kot ada apa nak tanya, roger la na nooo.
No comments:
Post a Comment