Monday, 16 March 2015

Mabuhay! Part 3.


Bila dok sana apa nak buat?

Nota kepala:

Amik masa usha pakej apa ada di Station 2. Sebab kalau orang approach hampa tepi-tepi pantai, harga jauh lagi mahai dari yang biasa.

Usually dari airport ke resort tu bila sampai dah gelap. Around 5.45pm if you're lucky boleh tengok sunset (cantik gila). Sana pukui 6 tu dah macam malam. Kalau larat, malam tu jalan pi Station 2 tengok apa aktiviti nak buat esok hari.

1. Helmet diving.

Pasai aku takdak lesen nak dive, aku pakai helmet dulu. Harga aku kena dalam 1000pesos. Sebenaqnya boleh dapat dalam 700pesos.




Naik boat dari pantai ke tengah laut, ada station untuk helmet diving ni. Masa sampai kena dengaq dulu do's and don'ts. Lepaih tu isi borang kebenaran untuk diving ni.


Masa nak turun tu depa tak letak lagi helmet sampai la badan dah separuh dalam ayaq. Pasai helmet tu berat 30kg. Kalau dari ataih letak kat kepala aku, rasanya aku terlentang dulu hahahaha. Elok letak kat ataih bahu ja, diver tarik ke bawah. Control pernafasan. Jangan panik. Pasai aku panik paihtu aku dok terapung-apung hahahahaha.



Kaki pijak sea bed. Dalam 12ft. ke bawah. Jangan susah hati. Lepaih tu depa bagi roti, hampa kena sua ke belah kanan atau kiri. Jangan depan muka. Tu pun jangan, ikan-ikan ni tokak kuku aku sampai berbekas jugak la. hahahahah best gilaaa hampa kena try. Setengah jam la lebih kurang. 



2. Island Hopping.

Kena tengok cuaca. Kalau angin kuat, ombak kuat, selalu depa bawak pi pusing kot area dekat ja. Depa nanti bawak hampa pi Crystal Cove, Puka Beach, etc.


Ni tourist guide. Nama dia Juni. Belakang tu Pakcik dengan Tokwan dia (kot). Business adik beradik. Depa approached dekat resort, so price yang dibayaq adalah almost double. Sebab tu aku pesan pi survey dulu harga kat Station 2. Depa bawak naik bangka ni pusing keliling pulau, snorkeling, helmet diving. Untuk 4 jam, depa charged 2000php sorang. Dalam RM167.00.




Kaki aku ketaq balik nak pi pulau. Teruk punya penyakit.







Tunggu sambungan. Letih taip. hahahahahah.


No comments:

Post a Comment