Preparation.
1. Kalau nak pi better plan awai-awai. Cadangan aku, cari cuti hat ada kapit tang mana-mana dengan weekend. Paling minimum yang relax adalah 5 hari 4 malam. Pasai travelling day saja dah dua hari. Lebih dari tu lagi elok. Tapi kalau bos hampa yang jenis sempoi la. Kalau yang 'macam mana nak cuti ni, masa ni kritikal ni (setiap masa), aku cadang hampa berenti keja cari keja lain dulu make sure bos sempoi hahahahaha. Aku main redah ja pasai otak aku dah jem. Sebelum aku tumbuk skrin komputer ni baik aku mintak cuti.
2. Accomodation - hotels banyak sangat pilihan. Aku prefer booking.com daripada Agoda. Tapi tu pilihan masing-masing. Aku tengok pada review and score. Lebih dari 7.0 tu dah kira cantik. Boracay ada tiga station.
i) Station 1 - Paling hujung. Tapi orang tak ramai sangat. Lebih relax. Pantai hampa punya. Aku dok kat Station 1.
ii) Station 2 - City centre. Lubuk segala benda. Pantai dia macam Teluk Kemang time cuti sekolah. *view pun helokkk hahahahhaa* Accessible to everything. Makan, shopping, etc. Daripada Station 1 nak ke sini dalam 1.5km. Tapi tak rasa jauh pasai jalan kat pantai. (trust me aku manusia paling pemalaih nak jalan jauh-jauh).
iii) Station 3 - Paling depan. Tak berapa banyak benda sangat kecuali tempat makan (kot).
Nah view Station 1.
3. Tukaq duit siap-siap la kat Malaysia ni. Bajet tu pandai-pandai la. Setengah orang dalam RM1500 dah cukup. Kalau aku, lebih sikit kot. Aku malaih nak pening kepala, aku bajet RM1 = 10pesos. Sebenaqnya dalam 12pesos macam tu.
4. Ada dua pilihan ke Boracay Island.
i) Air Asia (direct flight) ke Kalibo Island.
Flight akan amik masa dalam 4 jam. Naik dari KLIA2, order mee mamak apa lebih kurang, layan la tengok view ka apa. Aku macam biasa lena la. Pasai aku ada motion sickness yang teruk. Flight ni ada sekali ja satu hari. 1050 (KUL) - 1445 (KLO). Balik pulak 1515 (KLO) - 1900 (KUL).
Lepaih dah sampai, hampa akan kena naik van/bas dari Kalibo ke jeti di Caticlan. Perjalanan amik masa dalam dua jam. Kematu lagi hahahah.
View dalam bas menuju Caticlan Jetty Port.
ii) Philippines Airlines/Cebu Pacific Air (transit Manila) ke Caticlan.
Total hours adalah 9 ke 12 jam. Sebab transit di Manila. Ni kematu lagi teruk punya hahaha tapi sampai teruih dekat Caticlan, naik bas/shuttle ke jeti tu tak lama sangat la dalam 20 minit ja. Harga flight lagi mahai dalam sekali atau dua kali ganda daripada Air Asia. Sila buat pilihan bijak hahaha
View ni aku amik masa pening lalat hilang dua minit hasil makan mentos empat bijik.
Aku sorang ja ka atau memang Nasik Lemak Pak Nasser ni dah kurang sedap? Atau ketinggian menyebabkan deria rasa kita berubah? Meh.
Hat ni aku seronok lebih. Tahukah anda Filipina mempunyai lebih dari 7000 pulau? *hantaq notis berenti keja meniaga roti jala kat pulau*
Kalibo - Malay! Besaqnya negara depa. Gunung-ganang punya cantik Subhanallah.
5. Bila dah sampai Caticlan Jetty, hampa kena bayaq "Environmental Fee (75 pesos) dengan "Terminal Fee" (100 pesos). Lebih kurang RM15.
6. Daripada Caticlan Jetty Port, hampa nanti naik 'bangka'. Boat bentuk macam labah-labah. Menuju ke Cagban Jetty Port di Boracay Island.
Nindia Bangka.
Berkocak bukan main. Melambung aku. *tipu* lambung sikit ja.
Yeay dah sampai! *insert emoticon terkinja kat sini*
p/s: Tengok season bila nak pi. Oct - Mei tu elok la. Kalau peak memang bersemut. Tara yang aku pi pun ramai orang.
p/s/s : kalau boleh mintak hotel/resort hampa nak duduk tu arrange airport transfer. Senang keluaq airport ja terpampang nama. Dari airport sampai depan resort depa hantaq. Jangan risau, kat jetty pun akan ada orang sambut. Ambui macam First Lady.
p/s/s/s: Kalau dok lama beli simcard kat sana. Aku beli SMART. Aku rasa dalam 400pesos kot. Unlimited seminggu pakai. Puaih hati. Cuma kadang-kadang network dia ridiculous jugak. Cukup la hampa reachable through WhatsApp.
Nota Kaki:
Sepanjang dalam bas dari airport tu aku nampak billboard 'TODO ASENSO'. Dah lalu kot kampung. Aku confident.
'Todo Asenso ni teloq masin kot. Depa buat bisnes kampung. Mata pencarian utama depa.'
DAK.
Tu motto yang bermaksud 'fast progress'. -_______________________-
No comments:
Post a Comment