Friday, 5 June 2015
Suatu Hari Di Waktu Cuti Sekolah.
Aku balik SP sat cuti sehari lepas berkuntau mesyuarat. Tolonglah indah sangat perasaan balik ke rumah tengok muka TokBa, Papito, Mamita, Adik, Nunny dengan Muslim. Buleh dak nak berenti kerja dan duduk rumah jaga depa? hahahahahaha aku tolong Papito kat kedai ja, tapi gaji nak sepuluh ribu. hahahahahahahahaha tadak guna punya worang.
Petang Selasa, aku sampai SP. Papito ambik bawak pi rumah PakCik. Mamita tunggu sana. Aku dan bantai lima ekoq ikan temenung (orang KL panggil ikan kembung). Sedap sampai naik mata putih. Lepaih tu dah nak balik, Mamita habaq nak pi kedai kat depan jalan, nak beli bekas buat pudding (paling sedap dalam dunia, hands down) nak bawak pi kenduri PakCik esok tu.
Sampai kat kedai, ni dialog depa dua orang kat depan:
Mamita : Papito, ni kedai dia.
Papito : Ha, ni kedai dia la. Pi masuk kat dalam kedai tu. Masuk kot pintu. pintu tu. (jari dok tunjuk-tunjuk kat entrance kedai lapan juta kali).
Mamita : Ya la takkan nak masuk dalam tong hijau ni pulak.
Aku beruntung ada mak bapak yang seimbang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment