Dulu waktu kecik aku paling manja. Aku ingat selalu Abah bawak balik mainan bila dia balik dari kerja. Paling best dia beli Barbie (not knowing later on aku lagi suka panjat lori/panjat pokok/ buat kerja lasak). Dak, aku masih perempuan sejati.
Sekolah menengah. Abah kena transfer keja sana sini. We decided not to follow sebab payah nak tukaq sekolah sana sini. Tara tak tukaq pun aku melingkup SPM. Cuba kalau tukaq-tukaq? Dah ada gap aku dengan Abah masa tu.
Phase hidup yang aku rasa paling aku jarang bercakap dengan Abah. Balik seminggu sekali. Penat kerja mungkin, aku pun zaman tu nak emo ja. Perang dingin. Bukan sehari dua. Makan tahun. Abah bising pasai aku dok melangok main Internet sampai pagi. Dia simpan kabel dalam beg. Aku pi beli kabel baru hahahahaha. Dia keluaq aku pasang, dengaq bunyi kereta balik ja macam orang gila cabut kabel masuk bilik dok diam-diam. Bongoknya zaman tu.
Masuk universiti, Abah menangis. Biggest turning point in my life. Dengan duit PTPTN dapat 1/5 ja daripada orang lain. Tiap-tiap minggu without failed dia transfer duit kat aku. *oi apa banyak habuk ni kat sini dok masuk mata aku*
Aku bagi dia hadiah selepang atas stage at the end of semua zaman belajaq aku.
The worst time of my life, bila aku dah tak boleh nak cope dengan life situation pada satu masa dalam hidup aku. Masa yang aku rasa kalau manusia normal dah bunuh diri. Abah was my numero uno rational meter. Simple. 'Istighfar. Dah makan dah? Pi makan, minum ayaq sikit. Istighfar.' Aku dah nak jatuh gaung, tapi Abah bagi tali. Tali yang cukup kuat kat aku untuk aku naik balik. Tali yang cukup kuat untuk aku rasa selamat.
*ni sapa pi potong bawang Bangladesh tiga kilo ni*
Abah,
I thank you for everything you did to me. From the day I was born, until today. You are my greatest support system, and Mamita too. I have failed so many times in my life, but you still have faith in me. And I thank you for always being there for me when I needed you the most. I always wish that we can always live in this time, and the clock will stop ticking, we never grow old and I don't have to see people I love grow old. I just want us to be here, like this, forever.
I love you too much, Abah. Too much.
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment