Saturday, 20 June 2015

Gedek-gedek.


Kisah terjadi waktu Adik pi Japan bulan lepaih. Maka apabila Adik pi Japan, Mamita jadi tak senang duduk pikiaq menantu dan cucu dia buleh ka dok berdua sahaja?

Nunny kata takpa.

Tapi tentula never convincing to her. Maka berangkatlah Papito dan Mamita mai ke KL untuk menjadi Tok Abah dan Nanima yang paling best dalam dunia sanggup merantau beratuih kilometer demi cucu tersayang. Yes, my parents are like that. Aku demam sikit pun depa mai hahahahaha tapi aku tak spoilt insya Allah pasai kalau tidak aku dah terlentang tantrum bukak posa sorang-sorang kat rumah.

Upon arriving.

'Ma nak pi Pesta Buku. Nak beli buku kat Telaga Biru.'

Ah sudah. Aku paling menyampah bersesak-sesak kat PWTC tu. Tapi mengenangkan permintaan ayah bunda aku turutkan jua.

Maka keluaq la kami berlima isok tu nak ke PWTC. Papito bawak kereta. Dia kan kalau nak bawak kereta nak tunjuk terer ja dalam KL kan. Beriya nak pakai shortcut. Ok takpa kita tengok.

'Lalu kot Petronas ni buleh tembuih ke jalan besaq dak Nunny?' Dia tanya.

'Buleh, masuk kot tepi Petronas tu.' Menantu mithali jawap.

Elok masa tu dia dah kona masuk agak laju la. Aku dok depan. 

'Tapi Abah kena slow sikit depan tu ada 'gedek-gedek'.' Nunny habaq. (Pronounce ge as in GElang, dek as in keDEKut) 

Aku dok bajet gedek-gedek tu macam bump ada dua tiga ketui kat exit Petronas tu which is about 50metres ke depan lagi.

Tak sampai lima saat aku rasa kereta tu bergegaq-gegaq belah kanan dok terangkat-angkat macam dilambung ombak. Aku kalih tengok Papito dia dah macam sotong hahahahahaahaahahaha

Rupanya gedek-gedek tu bonggol-bonggol tangki simpan minyak kat stesen tu hahahahahahahaha. Ada lima ketui kot kat situ Papito pi bantai redah semua dia pun tak perasan.

Elok lepaih dilambung gedek-gedek tu semua terdiam. Takleh brain apa yang terjadi pasai sapa pun tak paham gedek-gedek tu apa kecuali Nunny hahahahahahahahahaha.

Lagi aku takleh pikiaq macam mana orang kat luaq tengok kami dalam kereta masa tu. 



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment