Monday, 1 August 2016

The Most Important Question Of Your Life.


Nak makan mana?

hahahahahahah dak dak. Aku tengah cuba jadi sarkis dulu sebelum aku nak menuju ke arah topik perbualan yang lebih serius.

Ok begini.

Aku ceritakan semula ja la no? Olah sikit jalan cerita.

Ada satu keluarga, ada bapak, mak, anak-anak. Bapak dan mak dah tak bekerja dan sekarang suka buat kerja-kerja kebajikan membantu orang susah setakat mana kudrat dan keupayaan depa mampu.

Menjelang upacara tahunan, adalah menjadi kelaziman untuk bapak dan mak ni menuju ke suatu tempat yang jauh dari tempat asai depa, menempuh jalan beribu batu, gunung dan ganang untuk membantu sebuah perkampungan orang yang daif. Dan menjadi kelaziman juga untuk bapak dan mak mewar-warkan kepada seluruh penduduk alam akan kepergian mereka ke sana, dengan harapan ada yang sudi untuk membantu orang-orang kampung yang daif ini.

Kelazimannya setiap kali perjalanan mereka akan berjaya memberikan sedikit cahaya kegembiraan kepada penduduk kampung ini dengan membawa keperluan-keperluan kat depa. Dan seterusnya pulang semula ke tempat asai dengan azam dan harapan untuk membuat yang lebih baik kepada penduduk kampung ini pada upacara-upacara tahunan akan datang.

Tahun berganti tahun, upacara tahunan bakal menjelma dan kali ini anak-anak juga terdorong untuk mewar-warkan berita ini kepada sahabat handai. Namun begitu, baru tiga empat perutusan disampaikan, sudah ada yang mula berbunyi.

'Apalah pi jauh-jauh, yang dekat ni pun ada, kenapa tak bantu yang dekat dulu?'

'Kat sini tak ada orang yang susah? Kenapa kita kena sibuk membantu orang yang tiada kena mengena dengan kita sedangkan di depan mata ada yang lebih susah?'

'Semut di seberang boleh teropong nampak, gajah setongkoi depan mata buat-buat takdak.'

Maka anak-anak duduk berbincang. Kata anak yang seorang,

'Biaq pi kat orang la, kebaikan ni ada di mana-mana. Terpulang pada sapa-sapa nak buat amal kebajikan di mana-mana.'

Orang-orang sekeliling, kalau takmau terbabit, mungkin cukup hanya kata Insya Allah akan pertimbang / spread the words around / terima kasih atas ingatan. Daripada kita persoal tindakan dan seterusnya mengutarakan 'our what-ifs' kepada orang yang berkenaan. Tentu sekali depa tau apa yang depa buat. Cumanya depa pi buat tu bukan dalam radius yang dapat diterima oleh akal dan fikiran sesetengah orang.

Some souls are too deep for shallow people.

No comments:

Post a Comment