Tuesday, 2 August 2016

Apa Kata Mamak - Miang Kham.


hahahaha satu macam punya miang.

Haritu jamuan raya ofis. Depa bukak booth banyak-banyak. Ada nasi dagang, laksa sarawak, spaghetti, pulut durian, ketupat, rendang, lemang dan pelbagai juadah hari raya yang lain. Posa sebulan kan. Raya pun kena sauk sebulan jugak. Makan sampai gemok lepaih tu 'weiii aku kena kurus ni raya makan tak ingattt.' Apa makan time bulan Syawal ja ka? Bulan Zulkaedah - Ramadhan tak makan langsung ka macam mana yang teruk kena pulun hahahahaha.

Dalam aku dok berjalan usha makanan tu, aku nampak ada satu slot dedaunan di suatu sudut. Aku bergerak perlahan-lahan dan wallahhhhhh! Miang kham! Dari dulu aku nak try tapi tak tercuba sebab sama ada aku takdak geng atau takdak sapa nak cuba makan dengan aku hahahahaha.





Miang kham ni sejenis snek tradisional di Thailand. Asik asik karipuley ja, sekali sekali kita makan la daun kaduk pulak sebagai meraikan darah campuran sebelah Siam. Nama Miang Kham ni dapat sebab orang yang cipta tu miang khakhakahkaha hambar. Dari segi fakta serius, miang kham ni maksud dia one bite wrap. Miang (food wrapped in leaves) kham (a bite).

Bahan-bahan?

Daun kaduk, 
Kacang tanah tumbuk
Limau nipis 
Buah pala
Udang kering
Nyoq
Cabai melaka
Halia muda
Madu

Pusing daun kaduk tu jadi macam kon aiskrim, masuk bahan-bahan tu semua, lepaih tu hampa drizzle madu kot ataih. Then tutup ataih daun kaduk tu jadi macam bentuk samosa kecik / tutup selagi tak berteraboq, ngap masuk mulut! 

Rasa dia?

Ada pahit-pahit (rasa daun kaduk), masam (limau), masin (udang kering, nyoq), pedas (cabai melaka), manis (buah pala dan madu).

Perghhhhhhhhh sedap kottttt.

Aku akan mula appreciate Raja Siam lepaih ni.


No comments:

Post a Comment