Monday, 7 March 2016

Butter Chicken Spaghetti


hahahah nama menu takmau kalah.



Mula-mula. goreng ayam.

Isi ayam salut dengan teloq, lepaih tu tempek tepung. Tepung gandung tu letak la garam sikit, herbs sikit kalau nak ada rasa. Kalau tidak tepung saja pun cukup. Goreng sampai masak hahahahaha.

Pada masa sama, boil the spaghetti. Tips : letak butter / olive oil, garam & garlic bagi ada rasa. Rebus sampai masak. Tips kedua : nak tau masak ka dak, amik selai lambung ke siling, kalau melekat tu kira dah masak hahahahaha. Kalau sepuluh kali hampa buat, mungkin boleh buat tempat kajian stalactite hahahaha.

Bila ayam dah masak, put aside sat. Prepare la butter, garlic, cabai melaka (orang KL sebut cili padi), dengan karipuley (daun kari), susu pekat (optional), fresh milk / full cream milk.

Boleh pakai kuali sama, tapi minyak goreng ayam tadi tu takpayah pakai. Bila kuali dah hangat, boh butter, lepaih tu masuk garlic dengan cabai melaka dengan karipuley. Goreng sampai tak hangit, kira sedang elok. Lepaih tu boh sesudu susu pekat. Nak bagi rasa manis ja. Tak boh pun takpa, tapi kalau boh rasanya lebih mantap. Hahahah. Lepaih tu masuk la fresh milk / full cream milk. Kalau ada parsley boleh letak. Jangan pi bajak rosemary dengan thyme pulak. Rosak rasa. Lepaih tu bagi boil sikit pastu siap. Tak payah letak garam pun.

Pastu baca Bismillah makan.

No comments:

Post a Comment