Wednesday, 13 January 2016

Patin United Roadtrip 2.0 Part I

#MisiMencariRamlal

Hahahaha pasaipa? Pasai kali ni tiga worang pompuan menuju ke utara mencari apa taktau. Tapi sebab masa ni Dilwale dah tayang dan Shah Rukh Khan adalah OH-SO-WOW, maka kita create Misi Mencari Ramlal. Nak tengok jumpa ka dak macam #MisiMencariBauksit dulu, hampa follow la siri bercakap dengan jin ni sampai habih. Hahahahahha.

Hari perjalanan dimulakan dengan mangkit pagi dan siap-siap menuju ke lokasi breakfast yang tidak asing lagi iaitu Village Park di Uptown Damansara. Pasai nak masuk highway pun kena lalu situ jugak. Taaaaakkkaaaaan amik bau ja, ya dok?


View pagi nampak matahari celah-celah kren. Takdak sapa-sapa nak bagi aku naik kren ka ha?


Aku jumpa Darth Vader mask ni kat kedai juai souvenirs. RM10.50. Hahahaha keliling dunia aku dok bawak. Nasib hampa la.


Nasi Lemak Ayam Village Park. Kerak-kerak kat ayam ni, aku dah discover. Hampa kena makan dengan nasik atau sambai atau apa-apa bersekali. Pasai kalau makan saja rasa dia macam pahit-pahit. Kecuali hampa memang bitter orangnya, ha makan la. hahahaha hambar.

Masa tunggu Nad amik kereta nak sauk aku dengan Pja kat depan Bank Rakyat, aku dengan Pja jalan la tepi-tepi kereta nak tunggu kat tempat yang senang dia nak amik. Dalam aku dok jalan tu, Pja dalam semeter depan aku. Ada sebijik Iswara kelabu ni dia tekan minyak nak reverse, tak tengok belakang. Abang (brader? tuan?) Polis tolong tepuk bonnet dia punya kuat, baru dia tekan brek. Hahahahaha ada la dalam seinci lagi beretuh (berlanggaq) dengan paha aku yang tak berapa nak ada tulang tu hahahahaha kalau langgaq mesti berlekuk hahahahah mangkuk. Alhamdulillah.

Maka perjalanan pun bermula.

HARIA PENANG HARIA!!

No comments:

Post a Comment