Friday, 29 January 2016

Patin United Roadtrip 2.0 Part V

#MisiMencariRamlal

Hari ketiga dimulakan dengan kelaparan. Hahahahhaa so we went to Roti Canai Jalan Argyll. Dekat jugak dengan Transfer Road tapi kali ni kami naik kereta pasai nak berjalan jauh sikit.




Hmmmmmm. Kalau dibandingkan Roti Canai Transfer Road dengan Jalan Argyll ni, personally aku suka kat Jalan Argyll lagi pasai roti canai dia ada rasa. Kalau makan saja pun sedap. Tambah la ada ayam/daging dengan teloq. Mata putih naik ataih la.





Hahahhaa ni tokei dia. Segala urus niaga masuk dalam buku ni dah berpuluh tahun dia buat. Ni kalau audit negara mai pun takdak hal la. Tak jadi masalah negara hahahahaha opps..


Masa awai masuk keja dulu officemate aku selalu panggil aku mamak albino. Mai tang ni aku jumpa sungguh. Pencarian mamak albino berakhir di sini. Sapa kata takdak mamak putih?


Lepaih breakfast Nad nak basuh Mr.A pasai selama ni dok park kat depan restoran Cina sebelah Guesthouse. Wap-wap minyak (taktau la minyak apa hahahaha) dah melekat kat cermin kereta kiri kanan depan belakang. So nak ke tempat cuci kereta tu menggagau la jugak. Aku bawak pi Shell. Nampak satu pekerja aku ingat local. Baguih punya goyang kepala nak siap slang Penang la tanya kat mana ada car wash.

'Tang sini kat mana ada car wash? Dekat-dekat area sini.'

'Itu car wash ka. *garu kepala* Ada, ada.'

Salah percaturan aku masa ni. Pja dah bunyi gelak kecik kat belakang. Aku tengok budak tu nama dia Bilal. Bilal sambung.

'Sini masuk kiri, jalan terus sampai jumpa traffic light automatic. Jalan lagi sampai jumpa bank.'

Automatik? Takpa kita bagi peluang.

'Ok keluar sini, tengok itu jalan. Ini tangan apa nama?' *tepuk-tepuk tangan kanan dia*

'Kanan.'

'Haaaa. JANGAN MASUK.'

Pja dengan Nad dah macam orang gila gelak. Aku rasa nak penumbuk ja hahahahahahaha. Dengan Bilal ni pun sama naik jugak tergelak-gelak.

'Jalan lagi sampai jumpa itu bank.'

'Apa nama bank?'

'Satu saja bank sana.'

Jahanam.

Masa dok bawak kereta tu, takleh berenti lagi gelak. Sebab aku nampak traffic light automatik tu rupanya hat sentiasa hijau jalan straight memang takleh kona kiri ka kanan hahahahahaha. Hantu raya. Cari Ramlal jumpa Bilal.

Jumpa tempat cuci kereta. Settle urusan maka bergerak kami menuju ke Bukit Bendera. Rupanya haritu memang umat manusia melimpah ruah. Dari Masjid Negeri nak sampai Bukit Bendera sejam setengah. Elok park, jalan kaki sikit nampak manusia beratoq macam ulaq melingkaq. Yang dok turun mai dok buat 'enam jam! enam jam!'

Aku dengan Pja ikut la beratoq, tapi line aku tu untuk orang yang dah beli tiket. Takpa. Nad pi usha tempat beli tiket. Hahahahaha. Dia turun mai tak cakap apa tunjuk gambaq ja. Aku tanya pekerja situ, 'kalau saya beratoq tang sini la ni, berapa lama lagi boleh naik?'

'TIGA JAM LAGI KAK.' Naik dengan turun boleh tengok Dilwale dua kali. Cancel. Scrap Bukit Bendera kita pi Rumah P.Ramlee.




Tadaaaaa. Masa sampai tak bukak lagi pasai hari Jumaat. Pukui tiga macam tu baru bukak. Kami dok bawah rumah, Ada kerusi muat-muat tiga orang. Keras kat situ takmau pi mana pasai hangat lit-lit. Dalam program Hala3, Remy Ishak ada mai sini, so kami menggunakan masa yang ada untuk rekod balik buat macam mana dia buat hahahahahaha bengong.



Kecik ja rumah ni sebenaqnya. Jamban kat luaq. Ada satu bilik. Dapoq. Dengan ruang tamu kecik. Tapi ramai jugak orang. Kami naik rekod apa patut, lepaih tu turun pasai hangat sangat. Ada orang dok turun tangga batu tu melompat-lompat kami dok gelak tengok pasaipa. Bila kena kat diri sendiri baru ada akai.


Pja punya keja. Dia tengok aku dengan Nad macam orang gila nak turun. Kaki aku dah macam bacon goreng tanpa minyak. Crispy.

Habih rumah P.Ramlee (nanti aku boh gambaq lain yang dalam rumah ni ok), kami meneruskan perjalanan cari makanan. Lalu depan Gurney Drive, nampak scenery laut luas mata memandang maka Nad terus belok tanpa bagi signal dan park hahahahhaah.





Dengaq bunyi ayaq laut dah seronok.


Setel, nindia destinasi seterusnya. Restoran Kapitan. Tolong la hampa mai sini dan makan roti nan dan ayam tandoori. Sedap bergenang ayaq mata. Order briyani tapi hat tu pun takdan amik gambaq pasai dah lapaq. Ayaq enam.





Laddu ni makanan rasmi kegembiraan aku. Hahahahhaa.

Petang tu, hujan rintik-rintik, air bergelora. Hahahhaha kami plan nak cari jetty. Sebab jetty tu kan best. Maka mencari la kami di sepanjang Tun Dr Lim Chong Eu Expressway tapi tak berapa nak mari sangat view. Jetty pun tak berapa buruk. Cari ke depan lagi, tala masuk kot Batu Uban, area Markas Polis Marin. Situ tak berapa ramai orang. 


Nad mungkin tengah buat imbangan duga pasai dia takleh kalau teroleng-oleng.



Ada rainbow :)





Pi cari jetty lain pulak. Ada rumah sorang pakcik ni, jetty dia memang buruk habih. Nak jalan pun tawakkal. Tapi paling cantik. Cuma takleh pi jauh sangat pasai macam biasa la. Takut hahahahaa.



Dalam dok layan view, Nad nampak menatang ni. Aku ingat kot buaya. Rupanya biawak. Ada banyak ekoq. Tapi Nad rilek kata, 'takpa, biawak dia takleh lompat.' Aku diam ja pasai aku dah tengok video buaya keluaq dari ayaq lagu mana. Buaya dengan biawak boleh dikategorikan sebagai sebuah keluarga dan bersaudara kan? Dalam kereta baru aku cerita hahahahahaa telan ayaq lioq sorang-sorang.



Balik Guesthouse. Malam tala Batu Ferringhi. Jalan sikit-sikit, beli CD lagu sekeping RM5 hahaha banyak hat rare, tapi pasang tiga lagu ok, lagu seterusnya sangkut. Cuma macam frust sikit Batu Ferringhi punya harga dah mahai macam apa ja. Local pun tak bagi can dah. So we ended up lepak kat Starbucks sat then duduk tepi pantai layan lagu dan ombak. Bulan malam tu cantik gilaaaaaaa.



Can't take my eyes off you.



Bulu tu peneman setia. Kaler pink. Hahahhahahaha her own version of Karlito.


Talking to the moon. 



Masa untuk pulang dan tidoq. Masa ni dah pukui 2 pagi.


Seluaq ni aku gatai mulut kata lawa kat Little India. Depa beli suruh aku pakai. Aku dok Gangnam kat bilik, lepaih tu depa download lagu MC Hammer suruh aku menari. Sedap pakai. Tapi aku dok pegang kat pinggang takut luruh tengah jalan hahahahahha. Dok besa seluaq normal, ni cawat dok tang Daerah Paloh Hinai mesti la aku cuak.

Sebelum balik tu lapaq pulak. Tala McDonald's beli burger, nuggets, buat kenduri kat Guesthouse. Isok dah last day

Misi mencari Ramlal. Tapi Bilal telah dijumpai.


No comments:

Post a Comment