Thursday, 27 August 2015

Test Drive.


Adalah menjadi kerja aku untuk pi sign approval untuk sesebuah kenderaan di sesebuah Jabatan untuk depa bawak. Kenderaan itu adalah berupa van atau MPV atau apa sahaja bentuk yang orang JKR suruh aku sign.

Ada sekali hari tu aku test drive van jenazah. Aku kena check menda-menda dalam van tu supaya berfungsi. First time aku masuk van jenazah. Aku risau-risau. Duduk kat driver's seat, aku nyalakan enjin. Wow nyalakan hahahahahaah. Aku pusing belakang nampak ada tingkap pembahagi. Dok standby nak kena check belakang pulak. Aku tanya pakcik JKR,

'Belakang ada apa Encik?'

Dia tergelak.

Dua saat aku proses gelak dia sebelum dia jawap,

'KERANDA.'


Seminggu aku demam.

Kemarin aku pi. Jumpa pakcik ni. Dia cerita balik pasai van jenazah haritu,

'Guard telefon saya tengah malam bagitau van jenazah start sendiri. Saya sampai, tengok dah senyap.'


Okay.

Demam aku valid.




No comments:

Post a Comment