Saturday, 29 August 2015

Patin United.


Nama dah dipatenkan. Tiga sekawan. Jadi ketagih nak duduk bergelak ketawa dan mengaruk sama-sama.

Kemarin dulu. Aku dengan Nad amat-amat stress. Amat stress. Pasai aku rasa jantung aku macam terbakaq. hahahahaha. Aku kata aku nak makan KFC.

Balik keja, aku pi KFC dengan Nad. Nad ordered satu dinner plate, coleslaw besaq, milo takmau ais. We shared. Kami sweet. *tembak mulut sendiri*

Budak yang amik order dok buat kalut-kalut. Dinner plate ada, milo ada. Coleslaw besaq takdak. Tengok dalam resit pun takdak. Nad yang terbakaq dari pagi bertambah terbakaq.

"Dah jom makan. Kesimpulannya dia bodoh."

Aku tergelak pasai kami terlalu marah pada haritu maka kami boleh kata apa jua untuk didengar oleh kami sahaja.

Sesi luahan perasaan.

Aku usha jam. 8.23 malam.

"Woi Maghrib!"

Marah kat manusia sampai lupa Tuhan. Ni la manusia.

Kami jalan macam peserta Race Walk Kejohanan Olimpik menuju ke surau. Begitu laju amik wuduk aku tak tengok jam dah. Elok dah pakai telekung aku tanya Nad,

"Wei sempat lagi ke?"

Takdan Nad jawap Tok Bilal ketuk mic.

"Tap. Tap. Tap."

Aku tengok Nad. Nad tengok aku. Jahanam. Nak tergelak tapi rasa bersalah sungguh-sungguh. Elok habih bang (azan) kami pun standby la masuk saf. Aku tengok kat depan yang lelaki pakat semayang sendiri-sendiri. Yang pompuan dok satu saf tapi naik turun macam graf ekonomi dunia. Aku kira dah lebih dua rakaat ni.

Aku yang dok dalam saf kalih kat Nad. Dia tengok aku. Dua saat. Aku tau dia pun ter-confused dengan pandangan aku.

Aku kata, "Ha ye, ke ko nak jadi imam?"

Nad tengok aku lama sikit kali ni. "Diorang tengah semayang sunat la kau dah kenape!"

Aku tanya dia balik. "Abes, kita camne?"

Dia kalih belakang hembuih telekung dia nak buang sisa nak tergelak yang tunggu masa nak meletup.

"Sendiri-sendiri je la!"



Jangan buat pasai dengan orang yang stress dan amarah.

Depa juga boleh jadi bangang dalam masa yang sama.

No comments:

Post a Comment