Monday, 11 May 2015

Selimut Hati.


Hari Jumaat pi karaoke dengan Ratu Dangdut. Tekan lagu Cita Citata, tapi dua-dua ternganga depan screen taktau nak menyanyi macam mana. Masuk part "Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku.." baru buat-buat ikut yang macam dalam video clip.

Elok habih sejam setengah, berjalan kaki balik ke ofis. Selang setengah jam, guruh berdentum punya kuat. La la tu jugak aku WhatsApp Ratu Dangdut.

"Kakak, bukan salah kita kan?"

"Eh takde. Ni nama dia hujan rahmat. Sejuk sikek." Dia orang Kelantan.

Aku kalau pi karaoke aku cari lagu yang senang nyanyi ja. (senang dalam erti kata suara paling rendah yang paling takdak effort. Yes aku pemalaih macam tu). Tapi dah tiga empat hari lagu Selimut Hati dok dalam kepala aku.

Weekend baru ni pun aku dok menyanyi.

"Aku bisaaaaaa untuk menjadi apaaaaa yang kau miiintaaaa."

Lepaih tu dialog seterusnya menjurus kepada lirik lagu berkenaan. Aku kata,

"Saya mintak awak jadi kambing la."

Dibalas begini.

"Macam tu saya mintak awak jadi rumput la."


Melingkup kambing dengan rumput.

No comments:

Post a Comment