Wednesday, 6 May 2015
Catatan Hati.
1. Seminggu cuti dengan Mamita & Papito ada sekali. Seminggu cuti aku tidoq bawah ketiak Mamita. Seminggu cuti aku berkepit dengan family. Seminggu cuti walaupun tune waktu tidoq aku lari, tapi aku puaih hati. Malam tadi last aku tidoq dengan Mamita sebelum depa balik tengah hari ni. Aku peluk dia kuat-kuat. Dia pegang tangan aku, dengan nada mamai-mamai dia kata, 'makan la anak mak sayang, jangan la kuruih sangat.' Dia taktau ka orang kata aku makan macam bela jin? Ka aku lupa nak habaq kat dia aku nak kaki macam Gisele Bunchen?
2. Mamita pesan lagi, jangan kerja teruk-teruk. Dia rimas kot tengok aku dok balik lambat. Aku kata nak buat lagu mana kadang-kadang pukui 5.29 petang tu bos nak macam-macam.
3. What she said hit me hard. Aku tengok balik, orang yang kerja, walaupun gaji tak besaq, depa happy. Cukup time balik. Be with family. Aku kadang-kadang taktau apa yang kita kejaq. Harta dunia? Kaya? Hidup senang? Rumah besaq? Kereta besaq? Pi berjalan satu dunia? Aku tak rasa aku mau sampai macam tu. Hidup senang tak semestinya kaya. Kereta biasa bukan tak boleh bawak pi berjalan-jalan. Rumah 900 sq bukan tak boleh panggil adik beradik mai tidoq. Nak pi berjalan bukan tak boleh pi Pantai Remis lepak makan jagung bakaq. Ada tapi dak?
4. Makin lama pikiaq makin unfair aku rasa. Makin lama pikiaq makin aku taktau nak buat macam mana. Cycle of life, bila kecik parents kita jaga. Sampai besaq masuk universiti, lepaih tu kita kerja jauh. Ada kehidupan sendiri. Kita tinggai parents kita jenguk dua tiga bulan sekali. Sebab apa? Busy kerja. Busy itu, busy ini. Kita ka yang sebabkan the unfairness? Aku setuju dengan soalan aku.
5. Jem kepala when you think of your parents yang dah makin lama makin berusia, hidup dua orang, tiga kalau ada TokBa macam family aku. Hari-hari rutin sama, juruih pokok, bagi kucing makan, masak, buat kerja rumah, pi masjid, pi kenduri. Aku selalu pikiaq, kalau depa ada masalah depa cerita kat kita ka? Dengan sapa depa cerita? Depa simpan. Kita? Kita ada kawan baik keliling pinggang. Kita ada Facebook, Instagram nak merempan. Aku ada blog nak mengaruk.
6. Ni parents aku dah balik. Life balik macam biasa. Aku pi kerja macam biasa. Balik rumah tengok dinding, tengok kipaih, tengok Gintama macam biasa. Malam tadi baru tidoq kapok Mamita, peluk cium dia puaih-puaih. Ini hari dunia aku kosong.
Habuk banyak pulak masuk mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment