Hahahahaha tajuk nak tebabom ja.
Ok weekend baru ni aku memang pi makan saja-saja. Sampai makanan kat hujung tengkok. But I have to tell you that it was one of the greatest experience in my life. Pasai aku punya dok lama tagak tapi macam biasa la, aku bukan ada kena mengena dengan Bolkiah. Kalau tidak aku dah hari-hari naik Phantom. Ingat makan tinggi-tinggi harga macam semangkuk cendoi kat Masjid Bakaq Arang Sungai Petani? Melainkan hampa buleh panjat pokok nyoq bawak mangkuk cendoi tu, ya, itu makanan di tempat tinggi yang harga macam tepi jalan. hahahahah win kat situ.
Jadi cerita di macam ni. Aku dok baca Nobu Restaurant ada baru bukak di KL. Pasai dok tau lama dah, cuma dok tanya bila nak mai tang KL ni aku nak pi rasa tengok. Sekali nah. Dah ada. Tingkat 56, KLCC. hahahahahah menarik ni. Tapi, aku call hari Isnin pagi, booking hari Sabtu. Pasai kalau saja gatai jalan nampak "Eh Nobu, jom." harapan. Sekian. Over sangat nak makan kena booking tiga tahun awai hahahahaha.
Lepaih tu bila pi makan tempat cantik kena la dress up cantik-cantik kan. Orang putih kata 'dress to the nines.' Nasib baik tikuih hat pinjam handbag aku tu bagi balik kat aku kalau tidak macam mana nak lawa-lawa pi dinner hahahahaha matilah.
Elok sampai KLCC melangok tak sure nak masuk kot mana. Aku kuaq keta tiba-tiba nampak aci pakai sari ni tergolek jatuh *jangan gelak* aku ingat dia terkejut tengok aku, rupanya dia terpijak sari dia sendiri sebab labuh sangat. Ok tergelak sikit. Dah tanya guard pun habaq la tang mana nak park. Baguih punya dok parking kt dalam KLCC punya tempat *padahai buleh ja pi valet sebelah MO* Menapak la sikit dalam KLCC lalu kot Aseana Cafe. Tak macam kasut aku tinggi 4 inci setengah mintak nyawa aku dok atoq langkah. Takpa.
Sampai kat bawah Tower 3 tu depa dah siap tunggu, bagitau nama, depa bawak hampa pi naik ataih. Naik lif tu aku rasa dalam dua saat ja. Aku pun macam "eh gila laju lif ni dua saat sampai tingkat 56." Mungkin nampak kekeliruan kat muka aku orang tu kata "Maam, this elevator will bring you to the 11th floor first, then you will have to change to get to the 56th floor." Oh. Habaq laaaa. Lepaih tu tukaq lif pulak baru naik ke tingkat 56. Gegendang telinga aku rasa macam nak meletup pup pup macam makan fish roe tapi kali ni hat besaq sikit hahahahaha. Tapi memang security tight la, rasa macam bodyguard kiri kanan dok jaga hampa sampai hampa selamat sampai kat meja makan.
Aku booked pukui 8.30 malam tapi sampai awai dalam 15 minit depa suruh duduk kat bar dulu. Dah la lantai lincin. Memang lincin sungguh aku rasa macam penguin. Tapi kena control. hahahahaha aku dok type pun rasa meluat dengan diri sendiri hahahahaa.
Rasa macam nak bawak balik chopstick ni tapi macam teruk sangat pulak.
Salmon and Lobster Taco. Masa sampai ni aku macam 'duh cinonetnya! memang tak kenyang la!' Fine dine memang makanan dia besaq jari kelinking ja ok. Hahahahah Amik seketui ja salmon tu. Ish. Cayaq dalam mulut. Betapa punya fresh salmon tu aku takda kata-kata nak describe. Yang salmon tu depa bagi salsa dipping. Yang lobster tu aku tak sure hahaha but whatever it was, it definitely complimented the lobster and taco and everything. Nampak. Dan-dan cakap orang putih hahaha. Seketui Taco ni price range dalam RM18-RM20.
Lepaih tu mai hat ni pulak. Ni personal favorite aku. Crispy rice with spicy tuna. Ada dalam lapan ketui kecik-kecik ja. Besaq sugus. Ok tipu besaq sikit la dari tu. Bawah tu crispy rice yang paling sedap dalam dunia. Ada masin-masin skit rasa dia. Rangup toksah cerita la. Ataih tu dia topped dengan spicy tuna. Tak pedaih sangat pun. Ni masuk dalam kategori hot dish dia. Tapi tuna tu sejuk-sejuk sikit la. Ish sedap sungguh. Sungguh. Aku ingat nak order lagi tapi nampak macam tamak sangat walaupun sebenaqnya masa ni otak aku dah pikiaq nak tapau McDonald's balik satgi hahahaha. RM45.
Hat ni kan. Nama dia Scallop Tiradito. Awek yang served to recommend. Tiradito is a Peruvian dish of raw fish, similar to sashimi, crudo, and carpaccio, in a spicy sauce. Nobu ni dia ada signature blend of Japanese cuisine with Peruvian and South American influences. Ataih scallop ni dia letak macam chilli flakes lepaih tu hat bintik merah tu aku taktau apa hahaha. Lepaih tu chef dia bagi berenang dalam lemon. Masam campoq pedaih skit. Aku terpejam-pejam masa mula-mula rasa. Tapi rasa scallop tu bila dah masuk mulut tu perghhh. Berlemak-lemak, gemok. hahahaha. RM70. Ada 8 keping scallop nipis-nipis. Pandai-pandai hampa la nak berebut. Eh tak buleh. Kena makan macam dalam istana.
Baby Chicken Toban-Yaki. Mula-mula aku nak tergelak pasaipa kena makan ayam. Tapi dah start masuk mulut secubit tu aku diam la. Rasa macam ayam kat nasi ayam Chee Meng hahahahaha tapi sedap lagi. Aku tak suka sangat sebab dia ada lemak-lemak tu. Macam ayam nasik ayam. Sos bawah dia tu berkicap. Hahaha amboi review macam apa ja. Ayam memang super tender and juicy. RM70.
Soft Shell Crab. Ni memang menu wajib aku kat mana-mana. Tapi kan. Tapi. Hat ni kan. Macam mana aku nak habaq aa. Bila mana waktu ia masuk ke dalam mulut, hampa dok kunyah tu kan, ada satu part yang hampa tak buleh brain. Aku saspek soft shell crab tu punya kerja. Ramuan dia kali ni aku rasa dia tak pakai Cayenne Turbo. nak kata masin, bukan. lemak, bukan. sedap, YA. hahahahah jadi macam 'what in the world is this?' macam mana begitu sedap macam ni? Aku taktau apa benda tapi perasaan tu macam hampa kat sekolah menengah lepaih tu minat kat satu orang, bila hampa jalan selisih dengan orang tu, orang tu senyum kat hampa. macam tu la perasaan dia sebab lepaih setiap kunyahan tu aku ingat aku memang dok senyum lepaih tu zikir 'apa ni sedap ni.' hahahahaha bodo sangat. Tapi macam tu la. RM45.
Chocolate Satandagi. Ada dark chocolate satandagi, caramelized pistachio, raspberry sauce and pandan ice cream. Mula tu aku nak pilih Bento Box tapi awek tu recommend ni so takpa. Pasai aku jem kat pandan ice cream tu. Aku mana suka pandan-pandan ni. Tapi takpa. Trust the chef.
Hat bulat-bulat tu satandagi. Satandagi ni basically a doughnut but with the lightest batter imaginable. Dalam dia ada rich dark chocolate filling. Macam biasa aku gelak dulu. Aku kutip satandagi ni skit, ice cream sikit, pistachio sikit, sapu sauce sikit. Masuk mulut aku diam, pengsan. Memang satan. Sedap tergolek-golek. Aku tak sangka combination pandan ice cream dengan benda-benda ni amat hebat. hahahaha satan betui. RM35. The perfect end note for a perfect dinner.
Maka itulah ceritanya aku pi makan kat Nobu Kuala Lumpur. For a first timer, depa akan recommend yang memang best. So jangan malu nak mengaku. Ya la nak buat macam confident tapi satu apa pun taktau rupa bentuk. Melainkan hampa dan #nobukl la. Nanti silap order hampa jugak menyesai hahaha. Yang pasti lepaih ni tempat ni memang jadi favorite aku.
Cuma tak buleh selalu macam dok pi Zanmai la pasai tembakan kat poket aku pun bertalu-talu.
No comments:
Post a Comment