Aku sakit kepala tahap tertinggi dah hari ni hahahaha pasai apa, aku kena kira jumlah aset nak kena ganti untuk tempat yang banjir. Okay aku tak salahkan banjir, gila nak kena panah kilat pi tanya pasaipa banjir?? hahahahaha tapi aku sakit kepala apabila ketika orang nak mintak ganti apa benda waima sekeping kertas kajang sekalipun tolong la bagi estimation harga. Mati la aku nak kena korek satu-satu nak tengok pulak periuk saiz 32" harga berapa, tungku kaki tiga harga berapa, makanan kucing sekampit harga berapa.
Aku tak complaint. hahahaha ok penipu besaq (padahai dalam hati aku dok zikir ja ni). Tapi kan. Walaupun kita berada dalam kesusahan, dan keadaan sibuk yang teramat sangat, tapi jikalau pada masa yang sama kita boleh senangkan orang lain, kita cuba la. Nanti ada la yang kata 'eh mana ang tau orang tu memang busy gila ka apa.' Jangan cong aku la. Kalau ada lima belaih helai kertas yang berbeza, tiga takdak details, lagi dua belaih buleh pulak kira satu-satu, maksudnya ada masa la kan?
Tang mana sushi nya?
Tu preface.
Hat ni baru nak cerita.
Walaupun kegilaan aku adalah kepada makanan mamak, tapi aku tidak dapat tidak menafikan bahawa makanan Jepun tu berada dalam liga teratas. (bila Man U nak naik number tiga pun taktau. Southampton menang pulak!). Nah aku bagi hampa kecoq tengok gambaq dulu.
Nabeyaki Udon? Aku tak berapa ingat. Tapi aku appreciate prawn tempura tu letak asing daripada pi celup sekali dalam mangkuk tu. Kampachi by Equitorial.
Salmon sushi. Ini perkara wajib dan berkepentingan apabila setiap kali aku tala mai tang ni. Harga dalam belas-belas ringgit aku tak ingat RM13 ka RM15 seketui. Kampachi by Equitorial.
Deng tengok ni aku kecoq. Garlic fried rice. RM7.90 semangkuk kecik. Tapi elok la aku makan sorang memang licin seketui nasik pun aku tak tinggai. Sedappp. Ni kat Zanmai. Setakat ni cawangan Zanmai yang paling sedap aku bagi kat IOI City Mall. Kedua jatuh kat LowYat. Ketiga aku bagi kat D'Pulze Cyberjaya. Last sekali Farenheit88. Tak sedap.
Salmon to avocado. To tu bunyi dia macam Thor. Bukan to - kepada. Bukan salmon kepada avocado. Bukan bukan. hahahahaha. RM7.80. Ni kena make sure memang salmon betui-betui fresh. Dengan avocado dia kena riped well. Fuh. Dua mangkuk pun buleh. Setengah Zanmai depa bagi avocado keraih kong. Salmon pulak kecuttt ja. Fail.
Soft Shell Crab Maki. hahahahaha aku kalau tempek hat ni kat ig nanti adala yang tanya nak kena maki ka dak. Menu wajib. Harga tak ingat. hehehehehehe. Bayangkan betapa lembutnya nasik tu. Lepaih tu dia pi balut pulak soft shell crab yang memang crunchy gila dan sangat tasty. Rasa macam ketam laaa jangan pi tanya rasa macam mana. Pi rasa tengok baru tau. hahaha ada sikit macam rempah kari sikit, ka paprika? Cayenne. Aku bajet dia pakai Cayenne Turbo pasai laju ja masuk mulut aku hahahahaha. Seasoned well, fried to perfection. Ada mayo sikit lepaih tu hat oren-oren kat luaq tu (tobiko nama dia. flying fish roe) penyedap rasa! Macam meletup kecik-kecik comey ja dalam mulut pup pup. hahahahahaha gila.
Shine bright like a diamond.
Hat ni sebenaqnya tokua (tauhu) bakaq ja pun. Hahahah tapi pada ketika itu aku lapaq sangat aku order hat ni dulu. Tapi takdak la sedap sangat. Biasa ja.
THE.BEST.EVER. Salmon to Moyashi Itame. RM19.80 (January promotion). Ada nasik. Ada salmon. Hat ikan tu aku bela kat situ bila aku pi depa mengai la amik goreng bagi aku hahahahaha. Dak. Tu nama dia Mame Aji Karaage. Ikan tu adalah kewajipan kalau makan dengan nasik. Cara aku. Pasai sedap dia lain macam. Togey tak makan.
Jadi apabila makan makanan Jepun, kita cuba tengok pada budaya Jepun tu pulak. Jangan la main bantai telan ja apa makanan depan mata. Mai kita belajaq. Tengok dari pada mula kita masuk kedai depa. Cara depa greet kita.
'いらっしゃいませ' (IRASHHAIMASE!!)
Kuat. Salah satu cara untuk welcome kita dan pada masa sama alert bahawasanya ada customer pada masa tu.
Lepaih tu kita duduk kat meja, depa nanti mai pebetui camca, chopstick. Tanya nak minum apa dulu, tanpa bagi menu. Habaq pi la. Selalunya aku nanti mintak green tea sejuk/panaih ikut pada kategori lapaq/emosi aku pada masa tu hahahaha.
Bila makanan mai, cuba hampa tengok pinggan mangkuk depa. Penuh seni. Tapi la ni aku nak cerita pasai makanan dan etika. Aku takda knowledge banyak pasai seni. Hat tu aku bagi hampa kaji hahahaha.
Lepaih tu makanan pun sampaaaai. Nah amik etiquette ni baca amik, aku rasa tak salah kalau kita cuba cara makan macam depa, selagi tak membawak kepada kesesatan. hahahahaha
いただきます
Itadakimasu!
Annn annn annnn
Totttteeeemodaiiiisuuuukiiii
DOOORAAAAEEEEMMMOOONNNNN
Hang ni gilaaa.. Hahahahaha 😆😂😆😂😆😂😆
ReplyDeleteHahahahah hidup kena warna warni weh
Delete