Cak!
Busuk punya orang. Update sebulan sekali. Nak jadi apa? Ayam?
Haritu keluaq dengan Nad & Anis. Mula-mula tu konon nak breakfast ja kat Village Park. Tapi merebak penyakit sampai Ikea, lepas tu Kanna. Disudahi dengan main pool hahahahahahahaha.
Anis dia taiko belah Bangsar dan kawasan sewaktu dengannya, so selalu dok sebut Kanna, Kanna. Macam dok zikir. Jadi di kesempatan yang ada, kami pun beriringan pi sana.
Macam biasa, duduk ada aneyyyyy mai amik order. Golek-golek kepala sikit apa lebih kurang, dia bawak mai la daun pisang dan perkakas-perkakas. Macam nak masuk wad pembedahan cingcong cingcong bunyi camca garpu kakakakakaka.
Kat Kanna ni dia tak pakai daun pisang betui macam Nirwana Maju dengan Devi's Corner. Pakai plastik. Hahaha lain sikit la feel dia. In terms of accessories bahahahahahaha tak banyak beza sangat ada acar, peria, acar timun, papadom. Barang-barang sama tapi cara depa masak lain-lain. Macam peria kat sini takdak yang goreng, dia macam campoq dengan kubis (bukan ikan laga bayangan aku) hahahahahahahaha.
Kuah kalau ikut pada kesukaan aku, parpu dengan kari ayam. Aku jarang amik kari ikan. Taktau pasaipa. Hahahah. Nasi dia macam lembik-lembik sikit. Tapi. Taaaaapiiiii. Kena dengan ramuan mejip parpu dengan kari ayam tu perghhhhhhhhhhh. Aku tau dah pasaipa orang dok meratuih nak mai sini. Hampa jangan lupa order teh tarik wunne. Baru sepadan bagai pinang dibelah dua.
Ini sampingan. Sotong goreng. Tiap kali pi mana-mana banana leaf restaurant, cuba order sotong goreng and make comparison. Setakat ni pada aku, Raju punya paling champion. Tapi yang ni pun ok, atas sikit dari Nirwana hahahahahahahaha. Telan ayaq lioq la dok taip!
Chicken masala. Masalah jugak bila dah try lepaih tu sedap nak mampuih.
Ikan goreng. Rasa macam ikan la hahahahahaha so-so la pasai rempah dia kurang sikit berasa pada aku.
Perangai apa amik gambaq macam ni? Ayam seketui tergolek dah kena cubit lagu ni ishhh takdak seni langsung. Tapi ayam dia digoreng lembut, luaq garing dalam juicy. Perfect.
Jadi kesimpulannya, Kanna ni hampa kena try, pasai lepas tu hampa akan terkenang dan hampa akan pi lagi. Lepas tu pi lagi, lepak lagi. Makan lagi. Lepas tu gemok lepas tu diet lepas tu gastrik jalan terbongkok macam nenek kebayan. Hahahahahahaha. Lepas tu la ni cuaca sejuk nak mampuih, tangan aku sama beku dengan otak jadi tak berapa nak mai idea nak tulih apa.
No comments:
Post a Comment