Ha!
Aku rasa kan, Line Clear dengan Beratoq boleh dok kat tepi sat. Bagi jalan kat nasik kandaq nan satu ni.
Nasi Kandaq Kampung Melayu.
Aku pi Penang baru ni, tau sapa petik pasai tempat ni? Mamita. hahahaha my mom's the best in the whole wide world.
'Adik satgi pi beli nasik kandaq kat bawah flat tu, beli bungkuih.'
Pasai kami pi visit Datin Khala, rumah dia dengan flat ni jalan kaki lima minit ja hahahahaha.
Tapi kami sampai masa tu dah pukui 12 lebih. So lauk pun kebanyakannya dah nak habis. Ditambah dengan terik mentari, aku bantai ayaq teh bunga dua kotak. Nak cari tempat ni, kalau hampa dari titi (Penang Bridge), amik jalan nak ke Jelutong. Lepaih tu tengok signage ke Air Hitam. Amik jalan nak pi Masjid Negeri. Kalau Waze pun ada. Kalau takdak, hampa cari Jalan Pisang Nangka/ Pisang Tanduk. Gerenti sampai.
Di celah-celah bangunan batu yang padat ini terselit seketui kedai nasik kandaq yang terpaling hebat di antara sekalian nasik kandaq yang ada.
Ni aku amik masa tengah jalan kaki dengan Adik. Jalan pulak dengan payung hahahaha. Dari kejauhan dah bau karipuley.
Roti canai pun ada.
Tengok lauk pun dah tak berapa nak ada. Tapi hampa tinjau sikit yang belanga paling depan hat kuah hitam tu. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Campoq dengan daging. Pasai Datin Khala kata kedai ni lauk yang paling sedap dia adalah daging. Gulai ayam dia pun tak kurang hebat. Tapi ayam dia besaq dua penumbuk aku. Makan elok share la tak pun mintak asing. Besaq sungguh tak tipu.
Tips beli nasik kandaq bungkuih. Kalau takmau campoq kuah dengan nasik, letak asing. Tapi mintak aney kedai boh kuah campoq satu plastik. Kalau kata nak makan lambat lagi la. Kalau nak makan dalam lima belas minit lepaih tu bungkuih sekali nasik dengan kuah pun takpa. Nak lagi cepat? Beratoq dan makan situ hahahaha.
Aku tak amik gambaq banyak pasai phone memory aku dah almost full. 16Gb ja. Gambaq ja dekat dua ribu. hahahahaha. Hampa Google tengok la gambaq nasik kandaq dari tempat ni. Tapi sesungguhnya ia adalah yang paling sedap setakat ni aku pernah makan. Mamita tambah tiga kali. Adik tambah dua kali. Aku tambah dua kali jugak. Pakat bertambah-tambah.
Tapi nak mai makan kat sini kena awai. Pagi. Mai dekat nak tengahari jadi macam aku la. Tapi tu pun jangan. Rasa tetap sedap. Kalau mai pagi aku rasa terlentang aku tang situ.
Ish...bila nak buleh pi Penang pulak ni.
No comments:
Post a Comment