Friday, 11 December 2015

Siput Babi Part I.

Cak!


Hahahahah I'm backkkk!


Okay marilah kita teruskan penceritaan.


Dalam empat bulan lepaih, aku telah dikejutkan dengan sekeping kertas merah daripada SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor). Aku balik dari keja, nampak kertas tu terjuloq keluaq kot peti surat. Aku ingat bil letrik dah sampai notis pemotongan tapi aku heran pasai aku dok bayaq bil. Sekali tengok NAHHHHH BIL AYAQ AKU RM2,890.00!! UNTUK TEMPOH TIGA BULAN!


Pergh. Masa tu aku nak rasa kebas ka macam mana aku taktau. Dalam kepala pikiaq orang curi ayaq. Tidak terkecuali jugak kemungkinan paip ayaq bocoq. Aku pun call SYABAS. Depa kata pi kat HQ kat Jalan Templer. Tapi menggagau la jugak pasai masa tu meter ayaq kat luaq pun depa amik dah simpan dalam peti berkunci kot *mata ke atas*


Isok tu aku pi ke HQ. Jumpa dengan pegawai dia. Aku tanya la macam mana nak buat. Aku dok sorang, gila apa bil sampai 2k. Nad teman aku masa ni, pasai dia nampak aku dah macam hilang punca hahahahahaha. Officer SYABAS tu kata kena bayaq jugak, takdak pengecualian, tapi boleh bagi kelonggaran bayaq ansuran. Dalam hati aku punya dok zikir. hahahahahahaha ingat aku dok bagi mandi gajah hari-hari kot.


Aku malaih nak tanya banyak-banyak pasai takut kesabaran aku hilang ditelan rasional hahahaha. So la ni aku dok bayaq la bulan2. Selama ni bil aku RM6.00 di mana di Selangoq, hampa tak payah bayaq pun pasai bawah 20 meter padu (betui ka?). Kadang-kadang bil pun takdak.


Lagi satu, aku ni merantau. Kadang-kadang aku lepak Wangsa Maju, kadang-kadang aku lepak Vampire Loft. So bila balik tu lambat la sikit aku nak check peti surat. Dalam peti tu, ada siput babi. Depa sekeluarga dok dalam tu. Macam-macam dah aku buat nak halau tapi depa dok ada jugak. Dah duduk situ tu aku tak la marah sangat. masalahnya depa ni dok makan kertas/surat yang sampai. Ada satu bentuk khas pulak kertas-kertas tu bila depa ni dok buat kerja.


Aku berasa bil ayaq tu pun depa dah makan.


Lepaih tu buat tak bersalah.





No comments:

Post a Comment