Sunday, 15 November 2015

Urutan Butter.


Hampa pernah try Garrett Popcorn? Aku kenai makanan 'sihat' ni beberapa tahun lepaih, masa aku usha IG satu minah ni, dia beli kat Dubai. Time tu takdak lagi kat KL. Aku menanti dengan penuh kesabaran sampai dia bukak kedai kat KLCC, maka aku terpa dari Mines (ofis lama) ke KLCC pada hari Jumaat waktu tengahari semata-mata untuk beli Chicago Mix (apparently Garrett Popcorn got sued over the 'Chicago Mix' name by the Candyland, so it is Garrett Mix now - sweet CaramelCrisp with savory CheeseCorn) Itu pilihan mutlak aku.




But that's not the story hahahahahaha.

Baru ni Apja mai Semenanjung pasai dia ada meeting. Aku lepak Vampire Loft seharian. Mood ke laut. Nad stress dengan perkara yang tiba-tiba muncul tanpa usul periksa dan melibatkan dia. Pja rilek meneruskan kehidupan seharian.

Elok Nad sampai dia dah berletiaq kat aku pasai kemaslahatan dia haritu hahahaahah pergh bahasa lantera timur sangat ni. Aku suruh dia mandi pasai dia dah sakit kepala, makan pun kuetiaw dua helai dari siang. Elok dia pi mandi, Apja call nak masuk rumah.

Lepaih dah settle semua, kami berempat duduk la di ruang tamu. Pja huloq Garrett Popcorn bagi Apja makan. Dia pun baguih punya dok karau amik. Nad dok terlentang kat sofa oren. Dok picit kepala. Pening dia tak hilang lagi. Aku rasa dia mintak Apja urut kepala dia pasai Apja memang bomoh buang angin. Hahahahahaha matila dia carut kat aku pasni.

Apja pun bingkas dari recliner menuju ke sofa oren dan teruih capai kepala Nad dan mulakan urutan. Pja pelan ja intro.


"Wei Nad, Apja tak basuh tangan lagi."



No comments:

Post a Comment