Thursday, 8 October 2015

Siapa Ayahanda.


Minggu lepaih lapaq terketaq. Bila lapaq terketaq ni takdak benda lain yang kita nak makan kecuali makanan yang sedap-sedap sahaja. Macam aku la ni.

Jadi menuju ke tempat makan Patin United naik Mr. A milik Nad. Dia baru balik dari Kuantan, pi cuci kereta sikit punya berkilat boleh cermin muka dan diri masing-masing.

Lokasi yang dituju?

Pastinya Mahbub. Kat Bangsar. Dulu aku dok tengok ja. Nad begitu bangga sebab dia berjaya mengketagihkan aku dengan beriyani. Hang sabaq sat. Tunggu aku bawak depa pi Beriyani Gam Batu Pahat baru depa tau maksud angau sebenaq. Angau bercinta pun takleh lawan angau kepada beriyani gam nan satu ini.





Nasi beriyani ayam madu. Dok dalam tempat aircond harga dia ada lebeyyy sikit.



Indah sinar sang suriaaaa. Bersinaq nampakkk.

Habih makan kan. Tangan tak sabun. Pasai nak bau macam Datuk Pujangga tepi tiang seri rumah dia dalam cita Musang Berjanggut lepaih com tangan Puspawangi. 

Selesai makan, nak gerak pi bercempera tempat lain pulak. Makanya bertiga-tigaan jalan pi kat kereta. Semenjak aku muntah kat Gombak lepas Patin United Roadtrip, aku banyak dok depan daripada seat belakang pasai aku ada motion sickness yang teruk hahahahahaha.

Maka Pja dengan cool-nya lepak belakang. Nad parked keta kat bawah pokok.

Aku pun gerak pi kat pintu. Elok aku nak bukak, aku terpandang ada taik burung berjatuhan di gigi-gigi pintu Mr.A. Aku gelak dulu. Takdan nak warning Pja dia dah pegang handle pintu.

Elok dia pegang ja dia perasan benda putih suam-suam kuku dah melekat kat tangan dia.

Khahahahahahaahha terkancing-kancing gigi aku gelak sampai terduduk tepi kereta.

Aku tak gelak pasai dia terpegang taik burung tu.

Aku dengaq dia jerit


'Woi! AYAHANDA!'


khahahahahahahahahahahahahaa.

Sampai la ni dia pun taktau pasaipa dia jerit ayahanda.

Lepaih tu la ni bila nak bukak pintu, tiga-tiga remind tiga-tiga.


'Jaga-jaga woi AYAHANDA.'

No comments:

Post a Comment