LAST!!!
Sebenaqnya idea nak pi cari bauksit ni timbui lepaih aku tertengok Amran (Amran Fans) boh gambaq seseorang berbaju oren dengan caption "Seketul bauksit." Lepaih tu aku nampak few orang dok post gambaq pasai warna oren di Gebeng. Maka terpacul dari mulut aku yang petah berbicara ni.
"Wei aku nak tengok bauksit!"
"Kau dah kenape??!!" - Skrip standard Nad.
"Ha'ah la Nad. Ko dok KL ade ape sangat. Pegi Kuantan ada bauksit weh. Ko ingat senang nak dapat benda-benda macam tu?" - Pja taboq perencah bagi cukup rasa.
Bauxite stockpiles ni kat area Gebeng. Area port. Berbekalkan keberanian yang lebih sikit dari kebiasaan, kami terjah pi.
"Selagi kereta ko tak jadi kaler oren, jangan keluar dari sini." Aku berkata lagi. Petah sungguh.
Elok masuk, memang oren! Hampa pernah tengok cerita Total Recall? hahaha ha oren dia macam tu. Masa masuk kawasan port tu hati sudah ada sedikit cuak pasai were sandwiched between lorries. Depan belakang lori. Berani tak tentu hala.
Aku dok amik gambaq dalam kereta. Tapi rasa macam tak puas. Mulut lancar berkata,
"Nad! Aku bukak tingkap amik gambar ok?"
"WOI KAU TENGOK DALAM KERETA AKU NI FABRIK KALER PUTIH! JANGAN NAK BUAT HAL!"
Hahahahahahahaha aku terlupa.
Jalan masuk ke pelabuhan.
Bauxite stockpiles.
Aku semput tengok pokok ni. Kesiannya :((
Ku lihattt orennnnnnnnn
Pelepah nyoq pun depressed.
Satu antara beratus? Beribu? gunung bauksit.
Aku taktau nak cerita macam mana. Tapi aku tak suruh hampa pi tengok pun. Tapi aku sedih sangat tengok kawasan tepi laut, kawasan hutan yang elok kena tarah, rosak pasai manusia yang tamak. Ayaq laut kat area sini tukaq jadi kaler merah. Macam berdarah laut tu. I really wish we could do something about it.
Bauksit dijumpai. Kereta Nad tak kaler oren seperti yang diharapkan. Lepaih dah keluaq area tu aku bercakap apa yang dalam kepala otak aku.
"Weih korang. Tadi kan aku pikir kalaula tetiba ada lori ke, kereta peronda ke tahan kita. Pastu tangkap kita tiga orang. Kita kena pukul sebab diorang ingat kita penguatkuasa ke wartawan ke. Lepas tu kita keluar paper. Tiga orang hilang selepas misi mencari bauksit."
"Shit. Aku pun teringat macam tu." - Nad. Pja rilek ja.
Teruknya imaginasi.
Nasib baik selamat Alhamdulillah.
SOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO that's about it! Percutian singkat bersama tiga perempuan yang huru hara. Lepaih ni taktau nak pi mana pulak, tapi pastinya akan dipenuhi makanan, gelak tawa dan moments bangang masing-masing.
Aku sudahi entries Patin United Roadtrip dengan makanan kejayaan. A sweet treat.
Pavlova by Panaderia. Imej di belakang adalah lori bauksit. Misi berjaya.
Thank you bebehS! I had fun. Till the next roadtrips! Lebiu both!
No comments:
Post a Comment