Tuesday, 7 July 2015

A Story About MakTok.

Disclaimer : Ini adalah catatan emosi yang begitu panjang. Lama tak luah rasa hati. 

*Pejamkan mata. Biarkan dibawa kembali ke suatu ruang dan masa*


MakTok ni Mamita kepada Mamita. I am very attached to her since day 1. My days were spent more with her than my own mother.


MakTok nanti tanya,


"Nak tidoq dalam buah labu ka buah tembikai?"


Buah labu - with her.
Buah tembikai - with Mamita.



Jangan tanya pasaipa labu ka tembikai. Sampai harini aku takdak jawapan. Tapi aku mesti pilih labu.
Bila nak tidoq, ada dua kewajipan. Cerita kisah Nabi Adam A.S. dengan garu tengah belakang. La ni kalau aku tidoq bawah ketiak Mamita dia still garu/gosok tengah belakang aku. Cerita Nabi Adam tu dak dah la hahaha nak kena penyepak mintak macam-macam.



MakTok pandai masak. Buku resipi dia berkandaq. Acar buah dia paling sedap. Biskut samperit dia paling sedap. Kek buah dia terpaling sedap. Eh semua la sedap. MakTok ada Midas Touch when it comes to cooking and baking. Mamita said aku turun perangai MakTok suka masak. Well. Hahahahaha.


Macam aku kata, aku spent zaman kecik aku kat Rumah Nenek. Satu tempat yang sangat dekat dalam hati aku. Nala punya luas kawasan rumah tu, nak belajaq bawak kereta dalam area tu pun takdak masalah. Paling aku suka? Panjat pokok moktan, masuk tangkap anak ayam dalam reban/telangkup dalam raga rotan, bagi makan burung merpati, siram pokok orkid, bagi makan ayam, cakaq daun kering. Pokok petai ja aku takdan nak panjat pasai tinggi sangat. TokBa dah buat, kaki retak hahahahah gatai sangat.



Aku cucu MakTok. Ultimate cucu top 1 in the cucu list in the whole wide world hahahahahah hamik. Everyone knows. Apa pun aku dulu. Tapi MakTok tak manja aku dengan barang-barang. Dia ajaq aku macam mana nak survive. Punya kamcing aku dengan MakTok, rambut dia aku gunting, baju kedah dia aku jahit.


MakTok manusia pertama ajaq aku macam mana sabaq turus langit petala ketujuh. Pasai TokBa kan mamak. Hahahahaah mamak ni kepala angin dia lain sikit. MakTok manusia paling sabaq aku pernah jumpa dalam dunia. Second is Mamita. Third aku hahahahaha. Mengamuk TokBa macam mana pun MakTok never retaliated.Dia diam. Thank you MakTok. You taught me really well.Hidup aku hari-hari dengan MakTok sampai aku masuk universiti. Tapi ayat dia paling aku tak suka :

'Nanti kawin mesti MakTok takdan tengok.'


Aku marah. Sungguh-sungguh aku marah.


2001. Papito & Mamita pi haji. Adik sekolah asrama. Tinggai kami empat orang. Aku, TokBa, MakTok dengan CikCah (Adik MakTok oku). Hari-hari MakTok bagi aku dua ringgit duit bekai pi sekolah. I never complained.



Tapi satu hari MakTok sakit perut dia makan ubat gastrik. Malam dia tak sedaq. First time aku naik ambulan bawak dia pi hospital. Seminggu aku tak pi sekolah jaga MakTok. Tapi aku sakit hati tengok doktor sukahati dok cucuk cari urat sampai aku jerit kat depa 'ni orang bukan patung.' Hahahahaah time tu ja kalau hampa nak tengok aku jadi singa. Memang aku jerit ja kat sapa-sapa yang bagi MakTok sakit. Alhamdulillah after a week, she was discharged. 



2005. 


Satu malam, MakTok mai ketuk bilik aku. Dia habaq dia nak minum nestum. Aku pi bancuh, bagi dia minum. *Oi sapa potong bawang ni!* Lepaih tu aku pi tidoq kat depan. Dalam pukui dua pagi MakTok mai pegang kaki aku, dia habaq dia sejuk. Aku pi teman dia kat bilik. TokBa dok lena kat tepi. Aku selimut dia. 


Esok tu MakTok tak buleh bangun. Dia terbaring ja kat katil. *Oih everything is so vivid. Bilangan bawang semakin bertambah* Nasib aku baik masa tu aku dengan adik cuti semester. MakTok takmau pi hospital. Dia nak dok rumah. Mamita pi sekolah. Aku dok rumah masak/bagi mandi/ uruskan MakTok pasai kesian Mamita balik pun dia penat.


Satu hari aku tanya MakTok nak makan apa. Dia kata nak masak pindang. Aku masak. Dia kata sedap. I didn't know it was coming. I didn't see it.


Malam nak tidoq aku teman MakTok tepi katil, aku zikir, baca Yassin. Time aku lena tepi dia, aku sedaq MakTok pegang rambut & kepala aku. 


Isok tu MakTok dah makin weak. Dia nak angkat tangan pun tak boleh. Mula-mula aku dengan Adik angkat dia pi pancoq. Aku ingat MakTok kata,


"Mintak maaf la cucu-cucu sayang. MakTok bagi susah."


*sapa dok tembak bawang mai kat muka aku ni??*


Then we decided to just uruskan MakTok kat katil ja. Dia dok pakai baju kedah, aku terpaksa gunting. So aku decide dengan Adik isok tu nak pi cari baju yang ada butang kat depan senang. Adik bawak timba, aku proses dari mula sampai habih. Satu part yang aku tak tahan nak tergelak. MakTok pakai pampers. Masa tu dia makan banyak. Aku habaq kat Adik tunggu kat tepi katil dengan plastik bag. Mangkuk ni penggeli dia dok nak muntah. Bongok hahahahahaha dia pi amik lotion Johnson Baby boh bawah hidung. 


Sekali lagi MakTok kata sorry...


I said I wouldn't mind trading my life/take a bullet for you. Anything for you, MakTok. Anything for my nyawa.


Tapi aku realized one thing, masa aku pegang kaki, dia tak respond. Aku garu-garu tapak kaki, senyap. Aku habaq kat Pakcik (adik Mamita), tapi dia kata nanti Isok doktor mai check.


29.5.2005


Pagi tu aku pi kat MakTok macam biasa. Aku perasan mata dia pandang atas. Lama. Tak berkelip. Aku panggil Mamita. Kami dok dua orang dalam bilik. Aku panggil ja 'MakTok, MakTok.'


She responded - 'Ya sayang MakTok..'


Her last words. 


Around petang aku habaq Adik dalam lepaih Asaq nak keluaq pi beli kain. Tapi ada orang mai ziarah MakTok so kami dok dapoq siap ayaq/makan. Suddenly TokBa panggil kami dua pi bilik.
Aku... Deng kebas tangan aku nak type. Sama kebas dengan kepala aku la ni.


Aku dan tengok MakTok breathed her last. Aku takleh lupa. Sampai hari ni. Sampai la ni aku dok type ni aku ternampak lagi. She slowly turned pale. Aku kat pintu aku tunjuk ja kat MakTok aku tanya orang dalam bilik 


"Pasaipa MakTok macam tu?"


Aku kena sepak dua kali lepas tu.


They decided to letak MakTok dalam bilik aku untuk orang mai ziarah. Aku taktau aku rasa apa. Aku still rasa dia ada, dalam bilik tengah tidoq. She didn't go anywhere. 


Tiga bulan aku tak masuk bilik aku. Bukan aku takut. Aku taktau pasaipa.


10 years. The amount of pain tak pernah kurang. Aku takleh move on. Aku takleh accept the fact that she is no longer there, tunggu aku balik kat rumah. Dia bawak separuh aku pi. Separuh lagi kat aku dah mati. Kosong. 



Tak sabaq nak balik SP. Nak duduk tepi kuboq sembang dengan MakTok macam selalu. I hope you're doing fine in Heaven. I wish I could hear your voice again. Just once. Allah... Rindunya.. I can't put into words how much I miss you.



Kali ni bukan baling bawang. Depa mai tenyeh bawang sebijik-sebijik kat mata aku.



Al - Fatihah.. 


No comments:

Post a Comment