Thursday 31 December 2015

Star Wars : The Force Awakens



I am FORCING you to go watch the film. So worth it I am going to watch it for the third time already.

Wednesday 30 December 2015

Nasi iOS.


Di suatu malam yang hening, aku dalam kereta dengan Pja dan Nad. Nad kat belakang, pasai dia kepala sudah pusing. Pja bawak kereta. Aku jadi co-pilot yang tugasnya tidoq-mangkit-sembang-pi pancoq-tidoq-mangkit.

Dalam pada dia dok drive tu aku bukak cerita pasai screen iPhone aku yang cracked seribu. Dia pun kata iPhone dia baru ni ada problem. Macam masuk ayaq, lepaih tu dia letak dalam beras.

Aku pun tanya la balik.

'Beras tu ko buat  macam mana?'

'Aku letak dalam tupperware segiempat tu, pastu aku biar la dua tiga hari. Nasib baik ok.'

'Tupperware mana?'

'Yang dekat dapur tu, kan ada satu tupperware clear ada beras dalam tu. Aku letak dalam tu la.'

Aku terdiam lima saat.

'Ko ingat tak aritu aku masak nasik masa Nad bawak balik patin?'

'Ha. Apesal?'

'Aku amik beras tu la.'


Friday 25 December 2015

Bola.


Final Piala Malaysia 2015 menyaksikan Pasukan Kedah bertemu Selangor.

Maka pasti la aku sebagai penyokong Kedah semangat nak tengok bola sambil pakai jersey dan kalau buleh nak balut bendera Kedah keliling rumah.

Tapi takdan nak cari, aku korek almari nampak jersey Kedah Adik hat lama. Hahahahaha jadi la daripada takdak.

Bila game start, aku baru nak suap nasik kandaq Yasmeen masuk mulut, Selangoq dah penyepak bola masuk gawang gol dulu. Mangkaq aku baru Bismillah kot.

Kecewa.

Second half. Perangai sama, baru berapa minit, Selangoq scored sebijik lagi. Tangan aku dah tak larat nak penumbuk carpet dah. Aku tengok dengan TokBa & Mamita.

Papito awai-awai sebelum pi masjid dia kata 'Kedah kalah malam ni 2-0.' Tok bomoh ka apa aku taktau.

Kecewa berganda. Aku takpa kalau nampak players dah main sungguh-sungguh. Tapi aku rasa depa macam terawang-awang lagu mana taktau. Defense pun loose. Mamita kata Selangoq ada pendinding pasai Chidi ja yang sampai tu pun lepaih tu dia patah balik hahahahahahaha.

Baru ni tengok TV, ada berita pemain utama Kedah dapat RM15,000.00 sebagai imbuhan, pasai jadi Naib Juara Piala Malaysia musim ni.

Slow ja Mamita petik.

'Pi jadi pemain bola la. Dapat RM15,000.00.'

Ligamen aku dah koyak dua-dua. Nak suruh kepala lutut aku tercabut pulak kot.

Cuti.


Geng. Aku akan cuti-cuti dan perkara ini akan menyebabkan blog ini bersawang buat seketika. Tapi percayalah aku akan bawa pulang hasil yang berguna untuk hampa.

Hahahahahaha.


#PatinUnitedRoadtrip #MisiMencari *** hahahaha takleh reveal lagi.

Ho Ho Ho!




Thursday 24 December 2015

Yang Namanya TokBa.


Aku dah kata TokBa ni penuh ilmu orangnya.

Hari Isnin aku masak makaroni kat dapoq. Pasai Mamita dia takleh dok dapoq lama-lama dia pening. Pasai TokBa dia boleh bertukaq jadi Chef hhahahahahaha.

Tapi aku nak masak cepat-cepat. Bukan aku takmau sembang, tapi aku pun kepala dah pusing-pusing. Hangat wooo SP. Tapi petang hujan lebat.

Aku pun tumis la bawang, sayoq, ayam. Mamita pulak nak letak carrot dalam makaroni, so nak tunggu lembut tu lama la jugak. Aku amik tudung periuk katup, nak bagi cepat masak.

'Do you know that Pentagon, during the World War II......'

Tiba-tiba minyak meletup. Memang berasa macam tengah perang.

Berperang dengan perasaan. Hahahahahahaha.

Wednesday 23 December 2015

Masak Memasak.



Aku masuk dapoq masak dengan Mamita. Lama tak makan gulai ikan, biasa la aku mesti la merap. Aku habaq kat Papito beli ulam raja dengan pegaga dengan sambai belacan. Lepaih tu nak goreng ikan temenung. Cukup.

Dah siap masak, tunggu la Papito balik. Sekali dia kata ulam raja dengan pegaga takdak, dia bawak balik pucuk putat sepasu punya banyak. Mamita dan aku saling berpandangan hahahahaha 'nak jelum kepala sapa ni punya banyak.'

TokBa pun takmau kalah.

Dia pi keluaq kat Taman Astakona pi cari ulam dia jugak. Kerat dengan ranting-ranting tu pun macam sepasu jugak punya banyak. Mamita dah golek kepala dia nak tension dah hahahahahahah.

Haritu makan macam dalam hutan.

Patut aku pasang lagu Zainal Abidin. Hijau.


Tuesday 22 December 2015

Percakapan Siri II


Ini cerita masa aku balik SP.

Aku pernah cerita dak kat hampa pasai TokBa kalau dia start tazkirah, boleh cecah lima jam? Hahahahahahahaha. Tapi info dia bagi memang sentiasa berguna.

Malam Ahad tu final Gegar Vaganza.

Aku dah standby nak tengok Nassier Wahab ni. Mamita pun ada sekali. TokBa pun balik dari masjid dia mai join. Ah. Hahahahahaha ini ada commentator tambahan.

Elok show start, dia tanya aku.

'Do you know the rock singer, lelaki yang bila menyanyi suara dia punya tinggi dia tarik sampai kita taktau apa benda dia cakap?'

Aku jawap 'Black? Aweera?'

'Cuba bagitau nama lain lagi. Dia ada band, nama Tho ka apa macam tu la.'

'MOJO?'

'Bukan, But very high pitch, dia tarik tu memang takdak sapa boleh lawan'

'Ada dua ja, Black dengan Aweera.'

Sumpah aku takleh pikiaq. Aku punya fokus kat Gegar Vaganza tu dah makin hilang. Masa Nassier Wahab keluaq pun kepala aku dah ke lain.

'Cuba bagi nama lain lagi. Ada, if betui then it's right la.'

OF COURSE TOKBA.

Hahahahahaha.

Then camera panned kat ada sorang mamat dalam TV ni rambut kerinting. TokBa kata 'Ha muka lebih-lebih kurang macam ni.'

*cakaq sofa*

'Kalau macam tu Aweera la kot. Band dia MOJO.'

Aku pi pasang lagu Romancinta kat youtube bagi TokBa dengaq dalam pada dok tengok Gegaq Vaganza. Terasa stress.

'Lagu pun lebih kurang lagu ni la jugak. Tapi cuba bagi nama.'

'Tak boleh nak recall la TokBa. Kalau ada nanti I'll let you know.'

Hahahahahahaha.

Sepuluh minit kemudian.

'I'm disappointed that you can't come out with the name.'

*berasa macam fail SPM* *hilang fokus*

Hampa ada any clue dak sapa? Tolong aku sat. Sampai la ni aku tak jumpa nama.


'Anyway, dulu Abraham Lincoln pernah kata apa tau........'



Duuuuugaaaaaaannnn inikah dugaan untukkuuuuuuuu..

Monday 21 December 2015

Percakapan Siri I


Last two weeks aku outstation ke Kelantan. Aku pi dengan colleague sorang ni pompuan so aku share la bilik dengan dia.

Masa sampai hotel first day tu, aku tanya dia nak pi jalan ka apa pasai aku nak tidoq ja hahahaha malaih nak pi terpa jalan sana sini. Dia kata dia pun nak rest. Ok cantik. Beli nasik goreng siap-siap untuk malam malam, elok pukui 10 malam macam tu kami pun lena hanyut dibawa mimpi.

Esok pagi aku mangkit, aku dengan dia dok berletiaq sorang-sorang. Aku tanya la pasaipa.

'Saya mintak nak beli mesin fotostat untuk pejabat, dah lulus, tapi diorang taknak bagi. Diorang kata nak guna untuk tujuan lain. Tapi tu dah dapat kelulusan, SEPATUTnya dapat la kat kitorang.'

Aku pun explain la tatacara yang betui macam mana, untuk tenangkan dia. Dengan penuh hemah, sopan santun aku bagitau. Dia pun tiga juta kali 'That's right!!!! That's right!!'

Menjelang tengah hari, balik ke bilik dia masih lagi serabut benda yang sama. Aku explain lagi cerita yang sama.

Malam menjelma. Dia dok mengadap telefon dan masih serabut. Dan aku masih lagi setia explain. Tapi cuba bayangkan bila sehari semalam hampa dengaq benda yang sama, tak ka rasa nak meletup telinga?

Aku pun masuk pelan-pelan dalam selimut. Aku tutup dari muka sampai kaki berbungkuih dengan harapan dia dah tak nampak aku.

Aku salah.

Malam tu aku lena mimpi mesin fotostat.

Sunday 13 December 2015

Wabbit.


Kemarin Nor hantaq gambaq sekoq arnab kat aku, tanya nak ka dak pasai member dia nak let go.

Aku pun tanya la pendapat beberapa orang tentang niat dan cita-cita aku ni. Aku tanya Nad dulu.


'Ko rasa kalau aku bela wabbit, hidup tak natang tu?'

Wabbit. Sounds cute. Biaq ah.

'Hahahaha. Ko biar betul. Aku risau if ko tido 2 hari tak bangun. How?'

Tak guna. Dia dah kenai aku kiri kanan depan belakang dan setiap sudut possible.

'Hahaha aku punya concern yang sama.' Saja aku jawap macam tu. Nak menangkan dia. hahahahaha

'Hahahaha. Bila nak start bela ni? Kat rumah mana?'


Perbualan diteruskan. Tapi dia dok bagi perbezaan bela kucing dengan arnab. Pasai aku dok mengaruk nak bela kucing.


'Kucing even sejenis binatang yang berlagak.' Justifikasi Nad.

'Habis takkan aku nak bela lembu. Tambat kat dapur. Agak lapar kita lapah sikit2.' Aku balas balik.

'Tapi kekadang kalo ko belai2 dia ade gak buat keras biar je kita belai dia.'

'Takkan ko nak suruh kucing belai kita pulak.'


Aku dah nak mati keras gelak.


'I mean between cat and rabbit.. Cat tu ade la relevan dia. KALO RABBIT KEJE MENGUNYAH TAKUT2 MCM PENCURI. MCM LA AKU HERAN SANGAT NGAN CARROT DIA TU. PASTU MENGGELETAR SEPANJANG TAHUN.'


Hahahahahahhahaa. Bongok punya justification!


'Yang ko sakit hati dengan rabbit apehal?'


'RABBIT TU BUKAN PEOPLE ORIENTED.'



Saturday 12 December 2015

Siput Babi Part II.



Baru ni aku pi jalan-jalan kat Sungai Wang Plaza. Pasai nak cari luggage, since aku outstation. Beg aku hat lain besaq (aku kan tak pandai travel light) hahahahahah pi pulau bawak luggage.  Nak mampuih.


Dalam pada dok jalan tu aku termasuk ke satu kedai kecantikan ni. Saja-saja nak tengok apa ada. Lepaih tu aku nampak ada rak yang juai mask. Aku ni jarang nak beli benda kecantikan tak tentu hala pasai kulit aku amatlah sensitive. Padahai mask hat dok ada pun tak habih-habih pakai dah bertahun.


Amoi kedai tu pun mula la explained kat aku. Aku cuba buat eye contact dengan dia tapi aku taktau mata dia tengok aku ka rak. Hahahaha *panah kilat* tapi aku nampak la mata dia biru pakai contact lens. Eyeliner dia pun biru. Maskara dia pun biru.


'You try ini la, mask baru keluar punye, beli tiga, dua pulu linggit.'


'Ini apa? Bagus ka?


'Ini ada itu ular punya bisa, bagus bagi skin glowing, kasi lelax.'


Dah macam beruk aku punya terkejut.


Pastu aku nampak satu ni tulis 'Snail Gold'. Aku nampak la ni banyak face mask yang pakai snail mucus. Tapi tak sure la baguih ka dak. Aku pun tanya la lagi apa yang baguihnya.


'Ini ada itu air liur siput  babi, paling bagus, ada kolagen kasi cantik you punya kulit.'


Hmmm.


Siput babi yang dalam peti surat aku tu boleh pakai dak?










Sapadia kata nak buat facial tadi?

Friday 11 December 2015

Siput Babi Part I.

Cak!


Hahahahah I'm backkkk!


Okay marilah kita teruskan penceritaan.


Dalam empat bulan lepaih, aku telah dikejutkan dengan sekeping kertas merah daripada SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor). Aku balik dari keja, nampak kertas tu terjuloq keluaq kot peti surat. Aku ingat bil letrik dah sampai notis pemotongan tapi aku heran pasai aku dok bayaq bil. Sekali tengok NAHHHHH BIL AYAQ AKU RM2,890.00!! UNTUK TEMPOH TIGA BULAN!


Pergh. Masa tu aku nak rasa kebas ka macam mana aku taktau. Dalam kepala pikiaq orang curi ayaq. Tidak terkecuali jugak kemungkinan paip ayaq bocoq. Aku pun call SYABAS. Depa kata pi kat HQ kat Jalan Templer. Tapi menggagau la jugak pasai masa tu meter ayaq kat luaq pun depa amik dah simpan dalam peti berkunci kot *mata ke atas*


Isok tu aku pi ke HQ. Jumpa dengan pegawai dia. Aku tanya la macam mana nak buat. Aku dok sorang, gila apa bil sampai 2k. Nad teman aku masa ni, pasai dia nampak aku dah macam hilang punca hahahahahaha. Officer SYABAS tu kata kena bayaq jugak, takdak pengecualian, tapi boleh bagi kelonggaran bayaq ansuran. Dalam hati aku punya dok zikir. hahahahahahaha ingat aku dok bagi mandi gajah hari-hari kot.


Aku malaih nak tanya banyak-banyak pasai takut kesabaran aku hilang ditelan rasional hahahaha. So la ni aku dok bayaq la bulan2. Selama ni bil aku RM6.00 di mana di Selangoq, hampa tak payah bayaq pun pasai bawah 20 meter padu (betui ka?). Kadang-kadang bil pun takdak.


Lagi satu, aku ni merantau. Kadang-kadang aku lepak Wangsa Maju, kadang-kadang aku lepak Vampire Loft. So bila balik tu lambat la sikit aku nak check peti surat. Dalam peti tu, ada siput babi. Depa sekeluarga dok dalam tu. Macam-macam dah aku buat nak halau tapi depa dok ada jugak. Dah duduk situ tu aku tak la marah sangat. masalahnya depa ni dok makan kertas/surat yang sampai. Ada satu bentuk khas pulak kertas-kertas tu bila depa ni dok buat kerja.


Aku berasa bil ayaq tu pun depa dah makan.


Lepaih tu buat tak bersalah.





Thursday 10 December 2015

Fuh! Fuh!

Selamat datang ke perkarangan pintu gua MCT. Ini adalah makluman untuk semua makhluk alam semesta bahawasanya penunggu gua ini masih dalam keadaan kelam kabut dan huru hara serta sedang mencari masa yang sesuai untuk mengemaskini interior gua ini.

Harap bersabar.

*masuk bateri dalam sawang labah elektronik*

Sent from my iPhone